Houthi lancar serangan peluru berpandu, dron ke Israel

Houthi lancar serangan peluru berpandu, dron ke Israel

Eilat, Israel: Satu dron pada Khamis mengenai sebuah sekolah di pusat peranginan Eilat di selatan Israel, dan pertahanan udara Israel kemudian memintas peluru berpandu di atas Laut Merah itu, kata tentera.

Pemberontak Houthi di Yaman yang disokong Iran berkata, mereka melancarkan ‘serangkaian peluru berpandu balistik’ di selatan Israel, tetapi tidak menyebut dron dalam kenyataan mereka.



Tiada siapa yang cedera secara fizikal dalam letupan di sekolah rendah Eilat yang disebabkan oleh dron yang tidak dikenali itu, tetapi paramedik merawat tujuh orang kerana terkejut, kata seorang jurucakap tentera di tempat kejadian.

Perkhidmatan kecemasan mengesahkan butiran secara berasingan.

Penduduk tempatan berkerumun di sekitar kompleks sekolah yang dikepung oleh berpuluh-puluh askar dan pegawai polis, menurut pemantauan wartawan AFP.

Lewat Khamis, tentera Israel berkata, ia memintas peluru berpandu di atas Laut Merah, tanpa mengesahkan asalnya.



Pemberontak Houthi mendakwa berulang kali melaksanakan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel ketika mereka meningkatkan kempen serangan gangguan yang turut menyasarkan tentera Amerika Syarikat (AS) di rantau itu semasa perang Israel dengan Hamas sejak 7 Oktober.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree dalam satu kenyataan berkata: “Angkatan bersenjata kami… melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke pelbagai sasaran sensitif entiti Israel… termasuk sasaran tentera di kawasan ‘Umm al-Rashrash’ iaitu nama Arab bagi bandar Eilat sekarang.”

Beliau berkata, operasi itu “berjaya” dan mendakwa “kena sasaran langsung”.

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari memberitahu pemberita bahawa tentera sedang memantau ancaman di rantau itu, termasuk terhadap Eilat di pantai Laut Merah.



“Ia (ancaman) boleh datang dari beberapa tempat,” kata Hagari kepada pemberita.

Lebih 10,800 orang terbunuh dalam serangan Israel yang dilancarkan sejak 7 Oktober di Semenanjung Gaza, majoriti mangsa orang awam, kata kementerian kesihatan di wilayah Palestin yang dikendalikan Hamas.

Dalam insiden berasingan yang dikaitkan dengan perang Israel-Hamas, Houthi pada Rabu berkata, mereka menembak jatuh dron Amerika Syarikat (AS).

“Pertahanan udara kami dapat menewaskan MQ-9 AS semasa ia menjalankan aktiviti pengintipan dan pengawasan di perairan wilayah Yaman. Aktiviti AS itu sebagai sebahagian daripada sokongan tentera Amerika untuk Israel,” kata pemberontak Houthi dalam satu kenyataan.



Pegawai kanan dari AS yang menyegerakan sokongan ketenteraan kepada Israel dan menguatkan tentera AS di rantau itu sejak perang 7 Oktober mengesahkan bahawa salah satu dron negara itu ditembak jatuh. HM

Houthi lancar serangan peluru berpandu, dron ke Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker