Ketua Polis Daerah Serdang rehatkan pegawai polis Islam waktu berbuka

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan hari ini turun padang dan meluangkan masa berbuka puasa dengan anggota polis yang bertugas pada bulan Ramadan.

Menurut Anbalagan, majlis berbuka puasa tersebut diadakan untuk menghargai jasa para pegawai yang juga merupakan barisan hadapan dalam menjaga keselamatan awam.

Beliau berkata, sempena bulan Ramadan, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang mengambil inisiatif untuk merehatkan pegawai polis beragama Islam sekitar pukul 7 hingga 8 malam untuk berbuka puasa.



“Kekosongan ini kita akan ganti dengan pegawai polis bukan Islam. Walaupun (masa berbuka) tidak lama, tetapi itulah niat kita iaitu untuk memberi kelapangan kepada anggota bergama Islam untuk berbuka.

“Bagaimanapun, kita perlu lihat juga pada situasi ramai atau tidak pegawai bukan Islam bertugas pada hari tersebut,” katanya di Program Berbuka Puasa KPD Serdang bersama anggota lapangan di pekarangan bazar Ramadan Taman Puncak Jalil, di sini hari ini.

Tambah Anbalagan, program berbuka puasa tersebut turut dijalankan sebagai tanda terima kasih beliau kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Polis Ke-217 yang disambut hari ini

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker