Suami cabut kahwin lain, isteri bawa anak tidur masjid

Suami cabut kahwin lain, isteri bawa anak tidur masjid

Seorang jemaah terkejut apabila seorang ibu bersama dua anaknya yang masih kecil meminta kebenaran untuk bermalam di masjid selepas selesai solat tarawih.

Walau bagaimanapun lokasi kejadian tidak dinyatakan dalam hantaran tersebut yang dikongsi di media sosial sehingga tular semalam.



Menurut perkongsian oleh Abu Hamizan itu, wanita berkenaan datang kepadanya meminta kebenaran untuk bermalam di masjid berkenaan kerana baru dihalau dari rumah sewa.

Tambahnya, setelah ditanya keberadaan suami, wanita berkenaan menjawab suaminya sudah bernikah lain dan meninggalkan dia bersama dua anak dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Untuk kepastian, saya bertanya kakak ini dari mana? Kenapa nak tidur di masjid? Anak-anak ini ayahnya di mana?

“Jawapannya membuatkan saya terdiam seketika, kata ibu ini saya baru dihalau dari rumah sewa, suaminya pula semenjak kahwin baru ini langsung tidak ambil kisah pasa keluarga,” kata Abu Hamzan.



Dia menjelaskan, wanita itu tidak mempunyai wang dan berasal dari Selangor.

“Saya beri sikit wang untuk membeli tiket bas dan keperluan lain,” jelasnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang memberi kata-kata pujian kepada jemaah masjid tersebut kerana sudi membantu tiga beranak tersebut.

“Di saat kita susah masih ada insan yang lebih susah, Allah sedang menguji kita juga,” kata Hamba Musafir Hina.



“Allahu terima kasih ustaz semoga Allah permudahkan ustaz dan ibu serta anak-anaknya itu,” kata AnDre PiRlo. K Online

Suami cabut kahwin lain, isteri bawa anak tidur masjid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker