TRX akan jadi pemacu transformasi, cipta pekerjaan
Perancangannya dibuat oleh Najib Tun Razak.
TRX akan jadi pemacu transformasi, cipta pekerjaan
Mercu tanda ikonik, Tun Razak Exchange (TRX) yang dirasmikan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia baru-baru ini, dijangka terus menjadi pemacu transformasi dan pemangkin inovasi, keusahawanan selain aspek penciptaan pekerjaan.
Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd (TRXC), Datuk Azmar Talib, berkata TRX juga memaparkan keperluan Malaysia iaitu destinasi serba moden, mantap dan mampan yang menggalakkan pertumpuan minda perniagaan hebat bagi membentuk masa depan.
“Tempoh membangunkannya memakan masa 10 tahun dan kini TRX menjadi bukti visi impian besar Malaysia mewujudkan sebuah hab kewangan antarabangsa bertaraf dunia yang seiring dengan cita-cita negara untuk bersaing di pentas global,” katanya dalam satu kenyataan.
TRXC, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), adalah pemaju induk daerah kewangan berkenaan
Tersergam di kawasan seluas 28.33 hektar, TRX yang terletak di tengah-tengah ibu negara, juga mengetengahkan infrastruktur moden dan kemudahan terkini.
Azmar berkata, TRX muncul sebagai hab perniagaan global yang dibarisi pelbagai syarikat serta komuniti lebih daripada 30,000 pekerja, termasuk 20,000 bergelar pekerja berpengetahuan.
“Pencapaian ini tidak mungkin dapat diraih tanpa sokongan rakan dalam kerajaan, pelabur yang yakin dengan Malaysia serta peluang yang ada dan menjadikan TRX dibarisi syarikat-syarikat mewah global serta tempatan,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan TRX sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia pada 23 Februari lalu.
Pada majlis itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan TRX menikmati status istimewa dengan tawaran insentif bagi syarikat yang memindahkan operasi mereka ke situ seperti elaun bangunan industri, pengecualian cukai 70 peratus daripada pendapatan berkanun selama lima tahun untuk pemaju hartanah dan pengecualian duti setem bagi perjanjian pinjaman serta perkhidmatan.
Rakan pelaburan TRX termasuk Kumpulan Lendlease dari Australia, Kumpulan Mulia dari Indonesia, HSBC Malaysia, AFFIN Group, CORE Precious Development Sdn Bhd, Veolia, IJM Group dan Prudential Malaysia.
Azmar berkata, menerusi pembukaan (komponen runcit) The Exchange TRX dan TRX City Park seluas 4.04 hektar pada November, kawasan itu telah menerima kehadiran kalangan rakyat tempatan serta pelancong antarabangsa yang lebih meluas.
“Orang ramai memberi sambutan hebat terhadap komponen runcit dan gaya hidup kami. TRX kini menjadi simbol pembandaran yang sofistikated dan semakin pantas menjadi Daerah Pusat Perniagaan baharu Kuala Lumpur,” katanya. BH
TRX akan jadi pemacu transformasi, cipta pekerjaan
Baca Artikel Menarik:
- Bella Astillah minta cerai
- Kastam rampas 73 pek kurma disyaki dari Israel
- Puteri Sarah Kongsi Keadaan Terkini Bella Astillah Yang Agak Membimbangkan
- Amelia Christie Akhirnya Sahkan Tak Ada Hubungan Lagi Dengan Sharnaaz Ahmad
- Aaron Aziz dapat duit raya ihsan scammer
- Netizen bersorak tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini
- Sophia Albarakbah dah kahwin senyap-senyap?
- Kelab bolasepak Indonesia gunakan nama Israel FC
- Kejam! Wanita Rohingya, anak dibakar di taman permainan di Cheras
- Geng plastik hitam tinggalan Mamat Khalid disambung Amen
- Bella Astillah tarik diri
- Bella jual batang buruk
- Ellie Suriaty sekolahkan Ruhainies
- Bekas orang kuat Muhyiddin sertai PKR
- Kurma Butter bawa penyakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama
You must be logged in to post a comment.