Andai ditakdir tiada zuriat, Aprena dan suami reda

Pelakon Aprena Manrose reda jika ditakdir tidak mempunyai zuriat selepas semua usaha termasuk menggunakan kaedah rawatan kesuburan in-vitro (IVF), tidak berhasil.

Bukan berputus asa, sebaliknya, Aprena atau nama sebenar, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, percaya jika bukan di dunia, rezeki memiliki anak pasti dimakbulkan di akhirat.

“Saya buat IVF kira-kira dua tahun lalu dan berehat hampir setahun daripada dunia lakonan kerana proses rawatan itu memerlukan saya tidak terlalu lasak.

“Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan rawatan IVF tidak berjaya. Ketika itu, saya dan suami sangat kecewa.

“Pulang ke rumah, saya dan suami terus tidur sepanjang hari. Keesokan hari, baru ‘mood’ kami okay. Selepas kejadian itu, saya reda.

Aprena percaya jika bukan di dunia, rezeki memiliki anak pasti dimakbulkan di akhirat. Foto IG Aprena Manrose
Aprena percaya jika bukan di dunia, rezeki memiliki anak pasti dimakbulkan di akhirat. Foto IG Aprena Manrose

“Saya terima ketentuan takdir jika saya tak dikurniakan cahaya mata. Saya percaya Allah beri saya rezeki (anak) di akhirat kelak,” katanya ditemui pada majlis sidang media sempena pelancaran drama TV3 bertemakan Rara Macam Dulu-Dulu bagi sambutan Ramadan dan Syawal 2024 di Dewan Glamhall di sini, baru-baru ini.

Aprena dan suami, Mohd Afiq Hazman mendirikan rumah tangga pada 2016.

Anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan ini turut memaklumkan soalan berkaitan cahaya mata jarang dibangkitkan insan terdekat demi menjaga perasaannya.

Bagaimanapun, pelakon drama rantaian, Mem & Bibik Bibik ini mengaku air matanya gugur apabila mendapat perkhabaran saudara terdekat, iaitu Uqasha Senrose diberi rezeki berbadan dua.

“Biasanya, insan terdekat jarang cakap soal anak di hadapan saya kerana mereka tidak mahu saya sedih.

“Tetapi, apabila saya jadi antara orang terawal yang mendapat tahu Uqasha hamil, saya sebak. Kami sama-sama menanti lama tetapi, saya belum ada rezeki.

“Saya peluk Uqasha dan kami menangis,” katanya.

Sempena Ramadan, Aprena muncul dalam drama bersiri berjudul Helo, Saya Anak Uncle! yang bakal menyaksikan dirinya berganding dengan Izzue Islam serta pelakon lain seperti Zara Zya, Rania Amanda dan Raden Zaharatul.

Drama ini mengisahkan seorang doktor pakar kanak-kanak, Dr Suhael lakonan Izzue yang saban hari dikelilingi pesakit kanak-kanak.

Kehadiran seorang anak kecil bernama Ciara yang tiba-tiba mengaku sebagai anak, membuatkan hidupnya kucar-kacir.

Drama Helo, Saya Anak Uncle! menemui penonton setiap Ahad mulai 17 Mac ini, jam 9 malam di TV3.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker