‘Saya bukan geng plastik hitam’
‘Saya bukan geng plastik hitam’
Alor Setar: “Hujan ke, panas ke, kita berniaga, nak cari rezeki lagu tu (macam itu) la,”
Demikian tekad Muhammad Danial Ahmad, 20, yang gigih mencari rezeki dengan menjual nasi lemak dibawa menggunakan motosikalnya.
Anak bongsu daripada lapan beradik itu berkata, kerja itu dilakukan sejak Februari tahun lalu dan terus menjadi sumber pendapatannya sehingga kini.
Muhammad Danial berkata, nasi lemak itu pada awalnya diambil daripada jiran
Namun, sejak Oktober lalu, Muhammad Danial mengambil upah menjual nasi lemak dimasak oleh ibu angkatnya dengan membawa antara 60 hingga 100 bungkus setiap hari untuk dijual di hadapan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, di sini.
“Sebelum ambil upah jual nasi lemak, macam-macam pekerjaan saya lakukan secara sambilan antaranya pembantu katering, tukang potong rumput dan kerja di warung.
“Tapi awal tahun lalu, saya terdetik untuk cari rezeki dengan cara begini dan ada tanya emak juga rakan untuk minta pandangan.
“Mereka beri galakan jadi saya pun cuba hingga bertahan sampai ke hari ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Muhammad Danial berkata, dia tidak menggunakan payung jadi bertahan walaupun ketika cuaca panas.
Bagaimanapun, Muhammad Danial akan berteduh di masjid berhampiran jika cuaca hujan sebelum menyambung semula jualan.
“Sambutan baik cuma pernah saja jualan tak habis namun saya cuba husnuzon dengan menganggap Allah SWT tetapkan rezeki setakat itu saja pada hari berkenaan.
Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India
“Di samping menunggu jualan, saya buat siaran langsung di TikTok dan Alhamdulillah, ada hamba Allah beli minta agihkan dengan niat infaq terutama pada Jumaat.
“Lebih membuatkan saya terharu apabila ada pengikut sanggup datang dari Selangor untuk beli nasi lemak dan jumpa saya sejak aktif di TikTok.
“Niat buat siaran langsung itu sebenarnya nak bercerita dengan pengikut namun ada juga segelintir menuduh saya ambil kesempatan mengambil duit orang dan gelar penunggang sedangkan saya hanya cuba bantu mereka yang mahu berinfaq,” katanya.
Mengenai pendekatannya menggunakan plastik hitam, Muhammad Danial berkata, ia saja dilakukan untuk mencari kelainan.
“Saya bukan geng plastik hitam tapi mengisi nasi lemak dalam plastik hitam untuk tunjuk keunikan.
“Jadi, orang akan ingat saya apabila tengok plastik hitam itu, tak ada maksud lain pun.
“Pelanggan pun okay dan saya akan teruskan menjual nasi lemak kerana sekurang-kurangnya dapat juga bantu emak beli barangan keperluan rumah,” katanya yang aktif menyertai larian maraton dan menyimpan impian membuka restoran. HM
‘Saya bukan geng plastik hitam’
Baca Artikel Menarik:
- Boikot Starbucks hanya rugikan rakyat Malaysia – Vincent Tan
- Mokhzani digelar pemain piano ‘campak’
- Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid
- Amir Jahari pelik jadi pemenang AJL38
- Aisha Retno kena ‘panic attack’ di pentas akhir AJL38
- Syarikat Mahadi tiada lesen pelaburan – Bukit Aman
- PAS pun nak tanding kerusi Bersatu
- Saya akan cabar di mahkamah – MP Gua Musang
- Muhyiddin tidak boleh rayu ke mahkamah persekutuan
- Joe Flizzow ‘nakal’, Hannah dedahkan selalu ‘tegur’ sewaktu disekolah dahulu
- Haikal jatuh dalam gelanggang, kepala terhentak ke lantai – Setiausaha Agung PESAKA
- Ameera Khan mahu lelaki yang mampu membimbingnya mendekati Allah
- Bertengkar dengan mentua, menantu pandu melulu hingga menjunam ke laut
- Ahli-ahli Parlimen Bersatu sanggah Muhyiddin, tak akan kosong kerusi kecuali mahkamah yang putuskan
- Hamzah kata sebak bila Muhyiddin kena dakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai
Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira