Polis rakam keterangan Hadi esok

Hina institusi Diraja

Polis rakam keterangan Hadi esok

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan didakwa tidak beradab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu, petang esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan Abdul Hadi akan dirakam di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut pada pukul 2.30 petang.



Menurut beliau, pegawai khas kepada pemimpin berkenaan sudah memaklumkan keadaan kesihatan Abdul Hadi kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan KDNKA serta Pengarah dan Pengerusi PERKEP JSJN PDRM di Dewan Tan Sri Abd Rahman Hashim di Pulapol, di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berdukacita berhubung kenyataan terbuka Abdul Hadi yang tidak beradab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.



Ini susulan kenyataan Abdul Hadi di media sosial bertajuk ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’ yang ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, ahli parlimen, Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Sultan Sharafuddin turut menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari lalu.

Susulan itu, baginda berkenan mengutus sepucuk surat kepada beliau (Abdul Hadi) menerusi Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr. Ab Halim Tamuri.

Menurut kenyataan itu, Abdul Hadi secara sinis mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata.



Ianya dianggap tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

Kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Sekiranya Abdul Hadi lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan dengan meneliti dan memperhalusi titah ucapan baginda, beliau akan dapat memahami maksud sebenar.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan itu di sebuah portal pembangkang pada 20 Februari lalu.



15 Februari lalu, Sultan Selangor bertitah sempena Mesyuarat MKI ke-71 di Putrajaya mengingatkan semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara perlu sentiasa didokongi rakyat Malaysia.

Baginda bertitah, paling penting usaha mencari jalan mengatasi segala permasalahan yang timbul dengan mengkaji kaedah memperluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu yang mengisytiharkan 16 kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan batal dan tidak sah. K online

Polis rakam keterangan Hadi esok



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker