Belum lagi bersara Azizulhasni sudah dapat tawaran di luar negara

KUALA LUMPUR: Reputasi dimiliki jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meletakkan dia dalam situasi ‘laku keras’.

Meskipun dijangka hanya akan bersara selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024, namun pelumba berusia 36 tahun itu sudah dilamar pasukan negeri Victoria di Australia untuk mewakili pasukan mereka.

Perkembangan itu dikongsikan sendiri Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman selepas kejayaannya memenangi pingat gangsa dalam acara keirin di Kejohanan Kebangsaan Australia 2024, semalam.



“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Australian Cycling @auscyclingaus kerana membenarkan saya untuk berlumba di kejohanan kebangsaan mereka (biasanya mana-mana negara tidak membenarkan negara lain untuk berlumba di kejohanan kebangsaan mereka) dan saya terharu kerana kehadiran saya disini di alu-alukan oleh semua orang.

“Saya juga dipelawa oleh pasukan negeri Victoria untuk mewakili pasukan mereka bila saya bersara dari pasukan kebangsaan Malaysia selepas Olimpik Paris nanti. Boleh difikirkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Semalam, Azizulhasni membuktikan dirinya di landasan tepat dalam persiapan menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya meraih gangsa acara keirin.

Pingat emas dimenangi pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 Matthew Richardson manakala Matthew Glaetzer meraih perak.



“Alhamdulillah syukur saya mendapat pingat gangsa dalam acara keirin di kejohanan kebangsaan Australia 2024. Perlumbaan peringkat akhir tadi sangat laju dengan catatan masa 9.57 saat (s) untuk 200 meter terakhir.

“Selepas perlumbaan Piala Negara-Negara di Adelaide tempoh hari, saya dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama tiga minggu oleh kerana masalah pericarditis yang saya alami.

“Tidak banyak latihan yang saya dapat lakukan dan hanya latihan ringan sahaja selama fasa tersebut.

“Namun oleh kerana memikirkan Sukan Olimpik Paris hanya berbaki lebih kurang lima bulan sahaja lagi, saya memilih untuk hadir juga ke perlumbaan ini bagi melihat keadaan prestasi semasa dan juga sebagai pentas untuk latihan perlumbaan,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker