Kemungkinan PRK di 6 kawasan, UMNO sedia buka ‘war room’

PONTIAN: UMNO dicadang membuka ‘war room’ di enam Parlimen susulan pindaan perlembagaan BERSATU yang diluluskan parti itu semalam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata langkah itu penting bagi membolehkan parti membuat persediaan awal di enam kerusi miliknya.

Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat berkata, beliau menjangkakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tiada masalah meluluskan pindaan perlembagaan BERSATU seperti mana yang dilakukan UMNO sebelum ini.



“Mengikut pengalaman saya sebagai Setiausaha Agung UMNO yang melalui pindaan perlembagaan parti tahun lalu, jika segalanya (pindaan) dibuat teratur dan mengikut syarat, maka kebiasaannya RoS akan meluluskan pindaan itu.

“Saya menjangkakan RoS akan meluluskan pindaan perlembagaan BERSATU. Jadi, UMNO yang sebelum ini bertanding di enam kerusi Parlimen berkenaan perlu proaktif dan membuat persiapan rapi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan membuka ‘war room’ di enam Parlimen itu.

“Ia membabitkan Parlimen Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Labuan, Bukit Gantang dan Tanjung Karang.

Mengikut pengalaman sebelum ini, selepas terima kelulusan RoS berkaitan pindaan perlembagaan, parti akan hantar perutusan kepada Speaker Dewan Rakyat memaklumkan mengenai kekosongan kerusi, sesuai dengan Akta Anti Lompat Parti,” katanya.



Beliau berkata demikian selepas merasmikan bengkel penerangan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dan Pengucapan Awam UMNO Bahagian Pontian, hari ini.

Semalam, BERSATU dilaporkan meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.

Pindaan perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ia membabitkan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang); Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).



Semalam, Syed Abu Hussin dilaporkan memaklumkan enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan terhadap Anwar bertegas untuk tidak mengosongkan mana-mana kerusi sehingga mahkamah memutuskan untuk berbuat demikian.

Katanya, tindakan BERSATU meluluskan pindaan untuk melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti adalah satu perkara yang sia-sia

Hari ini, Suhaili dilaporkan berkongsi pendirian dengan Syed Abu Hussin, malah menegaskan beliau hanya akan mengosongkan kerusi disandangnya itu sekiranya diarahkan oleh Speaker Dewan Rakyat atau melalui perintah mahkamah.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor berkata, semua enam kerusi Parlimen yang menjadi pertikaian itu ditandingi parti berkenaan pada pilihan raya sebelum ini.



“Semua kerusi itu memang milik UMNO dan kita bertanding kerusi berkenaan sebelum ini,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker