Warga emas direman 6 hari bantu siasatan anggota polis maut terkena tembakan

Warga emas direman 6 hari bantu siasatan anggota polis maut terkena tembakan

Lelaki warga emas yang ditahan polis semalam kerana disyaki melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang anggota polis cawangan khas (SB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, maut di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, Sik, semalam, direman enam hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata suspek yang berusia 65 tahun itu ditahan reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani bermula hari ini sehingga Rabu ini, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.



Suspek ditahan jam 2 petang semalam ketika hadir ke Balai Polis Sik untuk menyerah diri.

Media semalam melaporkan, polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun untuk membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota SB IPK Kedah yang terkena tembakan di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, di sini, awal pagi semalam.

Anggota SB berkenaan maut dipercayai terkena tembakan ketika melaksanakan pemantauan di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik.

Mangsa adalah koperal polis berusia 39 tahun dari Bahagian Anti Pengganas (E8) yang menyertai pemantauan terbabit pada 27 Februari lalu. BH



Warga emas direman 6 hari bantu siasatan anggota polis maut terkena tembakan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker