Sindiket Ali Rohingya dicekup di Kelantan
Sindiket Ali Rohingya dicekup di Kelantan
Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu lagi sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) susulan penangkapan Ali Rohingya di Kelantan yang merupakan dalang utama sindiket berkenaan.
Ali yang merupakan etnik Rohingya ditahan pada 24 Februari lalu berhampiran Wakaf Che Yeh selepas terlibat membawa masuk PATI Myanmar melalui laluan haram di sempadan pada waktu malam.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, berdasarkan maklumat risikan, pasukan mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesyen minyak berhampiran Wakaf Che Yeh.
“Lanjutan itu, pasukan bertindak mengepung kenderaan suspek. Menyedari kenderaannya dihampiri pihak berkuasa, suspek juga bertindak memecut keretanya dan berlaku pelanggaran kecil dengan pasukan operasi.
“Tindakan pantas pasukan berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai dalang utama sindiket ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Ruslin berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kereta Perodua Kelisa dipandu suspek menemui tiga orang wanita dan seorang lelaki warga Myanmar berumur antara 19 hingga 21 tahun.
“Kesemua mereka dipercayai berhenti di stesyen minyak itu yang sering dijadikan lokasi menunggu bas ekspres sebelum dihantar ke Kuala Lumpur.
“Pasukan kemudian bergerak memeriksa rumah dipercayai kediaman Ali dan menemui sepucuk pistol angin,” jelasnya.
Susulan penahanan Ali, pasukan turut menyerbu sebuah rumah di sekitar Pengkalan Kubor, Kota Bharu, seterusnya menangkap seorang lagi lelaki keturunan Rohingya dikenali sebagai Rahim yang disyaki orang kanan Ali.
JIM turut menahan empat orang lelaki warga Myanmar berumur lingkungan 16 hingga 27 tahun selain merampas sebuah kereta Perodua Viva yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Ruslin menambah, PATI ditempatkan di rumah transit sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Sindiket itu dipercayai beroperasi selama enam bulan dan mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM1,000 untuk seorang PATI.
“Kesemua 10 orang PATI termasuk dua lelaki etnik Rohingya yang disyaki tekong darat dibawa ke pejabat JIM Kelantan untuk tujuan siasatan,” katanya.
Ujarnya, JIM percaya dengan penangkapan kedua-dua tekong etnik Rohingya itu, satu lagi sindiket penyeludupan PATI yang aktif di Kelantan berjaya ditumpaskan. K Online
Sindiket Ali Rohingya dicekup di Kelantan
Baca Artikel Menarik:
- Ustazah Asma terpaksa tutup kedai
- Lima ‘rider’ didakwa membunuh pemandu kereta yang terbabit nahas
- Itu bukan ‘lesen’ untuk pukul adik saya sampai mati
- Palsu, bukan orang Malaysia – FAM
- Ringgit terkurang nilai – Abdul Rasheed
- Tentera AS bakar diri bantah perang Gaza di luar Kedutaan Israel di Washington
- Pengarah Emraz mengaku tak salah gagal bayar tuntutan jemaah Umrah
- Fatiya Latiff makin ‘gila’, ajak Zahirah berduet pulak (Video)
- Adakah Anwar akan ‘tergelincir’ bersama nilai ringgit?
- Zahid serik seserik-seriknya
- Myvi hilang kawalan dan ‘terbang’ (Video)
- Wawa Zainal pilih madu Marissa sebagai duta tudung
- Kereta api ‘hantu’ bergerak lebih 70 kilometer tanpa pemandu
- Konsert pada malam Nisfu Syaaban di Kedah
- Pemandu mati dipukul, lihat bagaimana sikap Rasulullah terhadap pesalah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?
You must be logged in to post a comment.