Pemimpin DAP beritahu Kerajaan Madani ‘batalkan larangan penerbitan buku’

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen yang juga pemimpin DAP menyarankan kerajaan menarik balik perintah larangan penerbitan buku yang menjadi “penghalang” dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Wong Shu Qi (PH-Kluang) berkata, hampir 45% buku yang dilarang penerbitan dalam bahasa kebangsaan berbanding bahasa lain.

Menurutnya, 781 bahan penerbitan dikenakan perintah larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dari 1998 hingga 2023.



“Akta ini telah dikuatkuasakan selama 40 tahun. Kita harus sedar perubahan zaman, sedangkan pada hari ini orang yang berniat jahat sudah tidak mencari sumber fizikal, tetapi berdasarkan sumber dalam talian.

“Tengok bahan lucah…online…buat provokasi 3R pun online…Malangnya kita masih cuba sekat sini sana untuk bahan percetakan,” katanya di Dewan Rakyat.

Wong berkata, larangan itu hanya memberi persepsi negatif penggunaan sesuatu bahasa sentiasa dipantau dan disekat pihak berkuasa.

“Maka, nanti akan ada orang yang membayangkan jika kita ingin mengajar ilmu pengetahuan atau berbincang lebih mendalam tentang isu falsafah, eloklah kita guna bahasa lain agar tidak disekat.



“Sudah tentu ia memudaratkan bahasa kebangsaan kita.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker