Pukul ibu hingga maut, tukang gunting rambut kejam ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul ibunya menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Jawa, Klang dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek 33 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang pada 11.30 pagi.

“Mangsa dipercayai berselisih faham dengan suspek dan lelaki itu bertindak memukul ibunya menggunakan kasut kasut keselamatan dan sebatang tukul besi sebelum melarikan diri,” katanya menurut laporan Bernama.

Mohd Iqbal berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.45 pagi daripada orang awam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa suri rumah berumur 56 tahun, tinggal bersama suaminya dan suspek di rumah berkenaan.

Mohd Iqbal berkata suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah serta hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata lelaki itu akan direman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Salwani Samsudin di talian 013-2444234.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker