Sah Elews Mart milik Ebit Lew ditutup berperingkat

SHAH ALAM – Kedai serbaneka Elews Mart milik pendakwah bebas, Ebit Lew ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu.

Perkara tersebut dinyatakan dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Elews Mart Sdn. Bhd. bertarikh 15 Januari 2024 dan kini tular di media sosial.

Notis tersebut ditujukan kepada pembekal syarikat berkenaan.



“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn Bhd akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.

“Sehubungan itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar,” katanya.

Tambah notis tersebut, segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024.

“Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, urusan penutupan dilakukan seperti yang sedia maklum,” jelasnya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?



Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby



RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker