Wajah Munkar dan Nakir ketika menyoal di dalam kubur
Wajah Munkar dan Nakir ketika menyoal di dalam kubur
Kematian adalah sesuatu yang pasti dialami oleh setiap orang. Setelah mati, manusia akan dimasukkan di dalam kubur. Dan di sanalah mereka akan bertemu dengan dua malaikat yang bertugas menyoal mayat iaitu Munkar dan Nakir.
Keadaan mayat yang didatangi malaikat untuk bersoal jawab disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. bersabda Baginda s.a.w.
“Sesungguhnya hamba yang mati apabila diletakkan dalam kuburnya dan rakan taulannya berpaling pulang darinya sedangkan ketika itu dia masih mendengar bunyi tapak kaki sepatu atau selipar mereka. Ketika itu datanglah dua malaikat kepadanya lantas mendudukkannya seraya bertanya apakah yang kamu katakan tentang lelaki ini yakni Muhammad s.a.w.? Adapun orang yang beriman nescaya menjawab aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasulnya… (HR Bukhari & Muslim)
Begitulah keadaan manusia ketika di dalam kubur nanti. Jika mereka beriman, sudah pasti segala pertanyaan dari dua malaikat tersebut dapat dijawab dengan lancar. Akan tetapi bagi mereka yang tidak beriman sudah pasti segala pertanyaan tidak akan mampu dijawab dengan mudah.
Wajah yang menyeramkan
Adapun disebutkan juga dalam sebuah hadis yang panjang bahawa kedua malaikat Munkar dan Nakir yang datang berjumpa dengan mayat itu berupa hitam kebiru-biruan, mempunyai taring yang panjang dan suara yang sangat menggerunkan. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Apabila mayat (atau seseorang dari kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan. Satu daripada kedua-duanya dikenali dengan malaikat Munkar dan satu lagi dengan malaikat Nakir…” (HR Tirmizi)
Menurut Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari satu riwayat daripada al-Tabarani dalam al-Ausat ada menyatakan sifat kedua malaikat itu iaitu mempunyai mata kedua-duanya seperti cairan tembaga. Taringnya seperti duri atau tanduk lembu yang tajam manakala suaranya pula seperti bunyi guruh di langit.
Manakala Imam Jalaluddin al-Sayuti dalam kitabnya al-Haawii lil Fatawii menuliskan sebuah riwayat dari al-Jazuli dalam kitab Syarhul Risaalah bahawa satu ketika Rasulullah berbicara kepada para sahabat perihal Munkar dan Nakir.
Kedua malaikat ini digambarkan akan mendatangi seorang mayat di kubur dalam bentuk yang sangat menyeramkan. Mereka berdua berkulit hitam, seram, keras dengan sifat-sifat buruk dan menakutkan yang lain. Lalu keduanya akan menanyai soalan kepada mayat di alam kubur.
Walau bagaimanapun bentuk dan rupa kedua malaikat ini tatkala hadir menemui kita di alam kubur kelak, sama ada menyeramkan atau tidak, itu semua bergantung juga kepada amalan kita ketika di dunia ini.
Jika kita termasuk dalam kalangan orang yang beriman, sudah pasti mereka berdua akan memperlakukan kita dengan sebaik-baiknya kerana itulah janji Allah dalam hadis Baginda s.a.w. bagi orang yang beriman,
“… keduanya berkata, “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?” Dia berkata, “Dia adalah hamba Allah dan utusan Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba Nya dan utusan Nya.” Keduanya berkata, “Sungguh kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu” kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya.”
Kemudian dikatakan kepadanya, “Tidurlah engkau” Dia berkata, “Bolehkah aku kembali kepada keluargaku untuk memberi khabar kepada mereka?” Kedua malaikat itu menjawab, “Tidurlah engkau seperti tidurnya pengantin, yang tidak dapat membangunkannya kecuali orang yang paling dicintainya dari kalangan keluarganya sehingga Allah membangkitkannya daripada pembaringannya itu” (HR Tirmizi) Wallahu a’lam Utv
Wajah Munkar dan Nakir ketika menyoal di dalam kubur
Baca Artikel Menarik:
- Fatiya Latiff provok Zahirah MacWilson lagi?
- Aniq Suhair ‘diselamatkan’ Ustaz Iqbal
- Arish Mikael klon Sudirman
- Perenang Israel kena ‘boo’
- Mohon maaf segera – Cikgu Zack Kirana
- Suhaili sekolahkan Razali
- Berdamailah Ali Puteh, Hidayah
- Stacy juara The Masked Singer Malaysia 4
- Enam MP BERSATU terlepas dipecat kalau tarik balik sokongan
- Broker cuba pujuk saya sokong PMX – MP Rompin
- Jangan tipu rakyat dengan beras Madani – Akmal
- Wanita ditarik rambut dan kepala dibenam di dalam kolam oleh teman lelaki
- ‘Hairan bagaimana nama saya tersenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas FBI’
- Lelaki ‘melekat’ pada cermin kereta bekas isteri (Video)
- Telekung Suqainah Lite tiru Telekung Siti Khadijah – Mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi
You must be logged in to post a comment.