Agong Pemilik ‘GOLD 1’

Hasil Bidaan RM1.5 Juta Akan Disalurkan Kepada Kerajaan Persekutuan

Agong Pemilik ‘GOLD 1’

Selepas hampir tiga minggu nombor plat kenderaan khas ‘GOLD’ dibuka kepada orang ramai, akhirnya kita dapat ketahui pemilik angka pertama nombor khas tersebut.

‘GOLD 1’ menjadi milik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas Tuanku Baginda membidanya dengan nilai tertinggi dalam sejarah negara.



Memetik hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, nilai bidaan itu yang sebanyak RM1.5 juta akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan pada hari ini (20 Februari) di Istana Negara.

Pada pertemuan itu, YB Anthony Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selain memiliki ‘GOLD 1’, Agong juga memiliki beberapa lagi nombor plat yang menarik perhatian ramai seperti WWW1, F1 dan paling terbaharu FF1. Vc



Agong Pemilik ‘GOLD 1’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi



Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam



Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker