Kerajaan 9 Mawla Amin dipantau PDRM
Kerajaan 9 Mawla Amin dipantau PDRM
Hari ini Harian Metro melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi, dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ yang mengaku dirinya jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad S.A.W.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM sedang memantau pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya. Pemantauan itu termasuklah sebuah madrasah di Selangor yang aktif mempromosi Mawla Amin dengan mengutip dana awam secara tidak sah.
Menurutnya, hasil maklumat yang diterima, mereka juga sudah membeli sebidang tanah kira-kira 11 hektar.
“Kita ada maklumat itu dan buat masa ini kita masih memantau pergerakan Mawla Amin terbabit bersama pengikutnya.
“Madrasah terbabit juga apa yang diketahui membeli tanah di Melaka hasil kutipan dana daripada pengikutnya dan orang ramai bagi membina perkampungan terbabit,” katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.
Difahamkan perkampungan dinamakan ‘Kerajaan 9’ yang bakal dibina di Melaka itu didakwa sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikut Mawla Amin.
Tanah yang baru dibeli tersebut dilaporkan milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka. Perkampungan itu dikatakan akan menjadi penempatan individu dari luar yang diangkat menjadi Imam Mahdi.
Madrasah terbabit juga terpalit dengan salah laku membabitkan mudirnya memukul pelajar, tidak memberikan makan dan dipaksa tidur dalam tandas, petik laporan Harian Metro, Ahad lalu.
Dalam pada itu, Harian Metro turut melaporkan Ketua Zawiyah al-Wazaniyah di Maghribi, Sharif Wazani Tayeb nafi mengenali Mawla Amin.
“Dia (Mohamed Amin Ouradj yang juga dikenali sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani) bukan daripada keluarga kami (Keluarga Wazani, Ahlul Bait), saya tidak kenal dia, saya bukan pak cik dia,” ujar beliau.
Tambah beliau, individu berkenaan ada hadir di Zawiyah Wazani sama seperti orang lain untuk mengambil gambar. Kemudian, gambar itu dipercayai digunakan kononnya ‘bukti’ beliau adalah keturunan Wazani.
Untuk makluman, Wazani adalah nama keluarga ‘Ahlul Bait’ yang diasaskan oleh Muleh Abdullah Syarif.
Sharif Wazani Tayeb adalah keturunan Hassan bin Ali yang ke-34 dan Zawiyah Wazaniyah ialah badan bertanggungjawab untuk menjaga nasab keturunan Nabi Muhammad S.A.W di Maghribi.
Beliau menegaskan lelaki itu jelas melakukan penipuan dengan mengaku dirinya berketurunan Wazani. VC
Kerajaan 9 Mawla Amin dipantau PDRM
Baca Artikel Menarik:
- Fatiya Latiff provok Zahirah MacWilson lagi?
- Aniq Suhair ‘diselamatkan’ Ustaz Iqbal
- Arish Mikael klon Sudirman
- Perenang Israel kena ‘boo’
- Mohon maaf segera – Cikgu Zack Kirana
- Suhaili sekolahkan Razali
- Berdamailah Ali Puteh, Hidayah
- Stacy juara The Masked Singer Malaysia 4
- Enam MP BERSATU terlepas dipecat kalau tarik balik sokongan
- Broker cuba pujuk saya sokong PMX – MP Rompin
- Jangan tipu rakyat dengan beras Madani – Akmal
- Wanita ditarik rambut dan kepala dibenam di dalam kolam oleh teman lelaki
- ‘Hairan bagaimana nama saya tersenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas FBI’
- Lelaki ‘melekat’ pada cermin kereta bekas isteri (Video)
- Telekung Suqainah Lite tiru Telekung Siti Khadijah – Mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi
You must be logged in to post a comment.