Hazem pemberita berkaki satu

HAZEM tetap melaporkan berita mengenai perang di Palestin walaupun bertongkat.

Hazem pemberita berkaki satu

Dalam keadaan sebelah kakinya kudung, seorang wartawan Palestin tetap gigih membuat liputan melaporkan kekejaman Israel.

Kaki kiri lelaki itu cedera ketika membuat liputan demonstrasi aman Great Return March atau Perarakan Pulang Besar-Besaran di Rafah pada 2018.

Sejak perang terbaharu meletus pada 7 Oktober lalu, Hazem Suleiman, 26, mengayuh basikalnya mencari bahan berita dengan melihat kesan kemusnahan di sekitar Khan Younis dan Rafah selepas dibedil tentera Israel.

Menurut Hazem, kakinya kudung selepas cedera ditembak Israel pada 2018, tidak sedikitpun melemahkan semangatnya memberitahu dunia tentang perang yang melanda tanah airnya.

“134 hari liputan perang dan berisiko. Dengan sebelah kaki, saya boleh buat perkara yang mustahil,” katanya menerusi satu perkongsian bersama 77,000 pengikutnya di Instagram (IG).

Menurutnya, pesawat peninjau, dron, helikopter terbang di ruang udara di timur bandar Rafah, malah anaknya sendiri menjadi mangsa pengeboman.

“Anak perempuan saya menjadi sasaran bom tentera Israel malam tadi (kelmarin).

“Mereka patahkan kaki anak perempuan saya. Apa salah mereka (cuma) anak-anak?” katanya.

Kekejaman di Semenanjung Gaza semakin berterusan dengan Israel dijangka melancarkan operasi darat di Rafah tidak lama lagi.

Setakat kelmarin, angka korban di seluruh Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 28,985 orang, manakala 68,883 orang lagi cedera. HM

Hazem pemberita berkaki satu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker