Penduduk Palestin kembali hidup `primitif’
Penduduk Palestin kembali hidup `primitif’
Demi kelangsungan hidup, Abu Muhammad Hassan, seorang warga emas Palestin, terpaksa menghadapi kesukaran dan ancaman bahaya untuk mencari kayu api dari bawah runtuhan rumah yang musnah akibat serangan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza.
Ketika keluar mencari kayu api warga emas itu, dia sering ditemani cucu perempuannya yang berusia 7 tahun, Maryam.
“Saya keluar setiap pagi untuk mengutip kayu kerana kami tidak mempunyai bahan api atau gas untuk memanaskan atau menyediakan makanan. Keadaan di sini sangat sukar,” kata Hassan kepada Agensi Anadolu.
Penduduk di wilayah itu, terpaksa meluangkan masa yang lama setiap hari untuk mengumpul kayu dan kadbod untuk dijadikan sebagai bahan api bagi menyediakan makanan, memanaskan air dan kegunaan harian yang lain.
“Beginilah penderitaan yang terpaksa kami lalui di utara Gaza? Kami mengutip kayu api dari merata tempat malah dari tempat yang musnah dan berbahaya,” kata Hassan.
Sejak Israel melancarkan perang kejamnya di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober, penduduk wilayah menderita kekurangan bahan api dan gas memasak.
“Tiada gas, tiada air, tiada tepung gandum, malah beras sebagai pengganti tepung tidak wujud,” kata warga emas itu.
“Kami tidak menerima sebarang bantuan di sini, di utara Semenanjung Gaza,” katanya.
Sebelum perang, hanya beberapa keluarga sahaja membeli kayu api pada musim sejuk.
Bagaimanapun, untuk kelangsungan hidup memaksa semua rakyat Palestin kembali menjalani kehidupan “primitif.” BH
Penduduk Palestin kembali hidup `primitif’
Baca Artikel Menarik:
- Daim saman Azam Baki
- Tamatlah riwayat 6 jahanam Bersatu – Razali
- PAS tetap tagih kerjasama walau UMNO dah ‘tutup buku’
- Aslam nak tambah satu lagi
- Bomoh minta kain kapan orang mati dibunuh untuk rawat penyakit
- Pemuda Umno minta DAP tak ulang isu sensitif, utamakan menyelesaikan masalah rakyat
- Ketua bahagian Umno tak puas hati rombakan exco Johor
- ‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai
- MP Julau diserang samseng ‘wild west’
- Elly Arifin bengang ada yang berani kirim gambar alat sulit
- Hadi, Takiyuddin buat-buat tak faham
- Nak saya minta maaf, teruskan bermimpi – Dr Akmal
- Hadi hina institusi kehakiman, Perlembagaan – Hasbie
- Kes Jana Wibawa Adam Radlan: Pendakwaan kemuka 47 saksi
- Ebit ajak tukar pasangan lakukan seks – Saksi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET