Menggigil pegang kaki budak di dasar sungai

Tragedi kepala air di Bidor

Menggigil pegang kaki budak di dasar sungai

TAPAH: Tapah: “Menggigil, saya takut bercampur sedih semasa pegang kaki kanak-kanak itu,” demikian kongsi penduduk kampung, Muhd Izwan Nordin, yang menemukan mangsa kedua kejadian kepala air di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh, Bidor, di sini, malam tadi.

Muhd Izwan, 26, berkata dia bersama 13 lagi penduduk kampung nekad melakukan pencarian secara sukarela bermula jam 9.30 malam tadi.



Katanya, semasa menyelam, beliau terdetik memeriksa dasar sungai berdekatan sebatang pokok tumbang.

“Apabila menyelam pada kedalaman kira-kira setengah meter, saya ternampak objek berwarna putih…. saya terus pegang untuk pastikan dan memang betul ia kaki kanak-kanak. Saya dapati keadaannya mengiring dan tersangkut di bawah akar pokok tumbang berkenaan.

“Perasaan ketika itu bercampur-baur antara sedih dan takut sambil saya panggil rakan-rakan lain untuk bantu angkat dan keluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam tadi.

Malam tadi, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, mengesahkan mayat kanak-kanak berusia empat tahun itu dikenal pasti sebagai Hafif Muhayat Azam yang ditemukan jam 9.50 malam.



Dalam pada itu, Muhd Izwan yang bekerja sebagai buruh sawit berkata, ia pengalaman pertamanya mengikuti operasi pencarian mangsa hilang.

“Setahu saya, kejadian kepala air di sini memang pernah berlaku, namun ini mungkin kali pertama yang membabitkan kehilangan nyawa,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan hajat empat beranak untuk berkelah bertukar tragedi apabila si ibu, Aszura Bani, 37, ditemukan lemas, manakala tiga anaknya hilang akibat dihanyutkan kepala air semasa beriadah di Sungai Kenjur.

Pengecaman mangsa dilakukan ibu saudarnya, Aznur Radin Mustapha Amiruddin, 51.



Hafif Muhayat adalah anak kedua daripada tiga cahaya mata Aszura dan suaminya, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46.

Dua lagi anak Aszura yang masih hilang ialah Hanna Mikayla, 7, dan Hanum Marissa, 2.

Selain mereka, tiga lagi individu turut terbabit kejadian sama iaitu kakak kepada Aszura, Aslinda Bani, 38, anak saudara, 11, dan pembantu rumah warga Indonesia, 30-an, namun ketiga-tiganya selamat. BH

Menggigil pegang kaki budak di dasar sungai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?



Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy



Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker