Polis trafik minta RM100, permohonan sambung reman ditolak

Polis trafik minta RM100, permohonan sambung reman ditolak

Ipoh: Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan sambung reman tiga anggota polis yang ditahan berhubung kejadian tular anggota trafik meminta wang RM100 daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik, baru-baru ini.

Majistret Siti Nora Sharif menolak permohonan sambung reman ke atas ketiga-tiga anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berusia antara 37 hingga 42 tahun itu.



Mereka sebelum ini ditahan reman tiga hari bermula Selasa lalu dan berakhir sehingga hari ini bagi membantu siasatan lanjut kes mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Permohonan sambung reman yang dikemukakan hari ini adalah bagi membantu siasatan kejadian itu yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Sementara itu, Muhammad Al-Hirzan Mahamad Akhir dan Aqmarul Aqil Ismail iaitu peguam ketiga-tiga suspek memberitahu permohonan sambung reman ditolak mahkamah kerana beberapa alasan.

Antara alasan yang dikemukakan ketika prosiding sambung reman itu adalah berkaitan tiada mangsa yang tampil selain beberapa lagi isu teknikal lain.



Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi berkata, justeru ketiga-tiga suspek dibebaskan dengan jaminan polis namun siasatan berhubungnya masih diteruskan.

Siasatan kes itu diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, selain siasatan dalaman juga dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Dalam kejadian tular itu, seorang anggota trafik dilihat menahan kenderaan pelancong yang sedang menjelajah Malaysia dan menawarkan bayaran saman RM100 jika saman itu dibayar di lokasi kejadian berbanding RM300 jika dibayar di balai polis bagi kesalahan memandu melebihi had laju.

Kejadian itu membabitkan pasangan pelancong dari UK yang juga pencipta kandungan media sosial YouTube dengan kejadian itu juga sempat dirakam dan dimasukkan dalam saluran YouTube milik pasangan itu, ‘UK Van Lifers’.



Anggota polis terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di laluan itu iaitu 60 km/j sebelum mengeluarkan saman sebelum anggota polis itu kemudiannya menawarkan diskaun saman berkenaan daripada RM300 menjadi RM100 jika dibayar terus kepadanya iaitu tanpa dibayar di balai polis. HM

Polis trafik minta RM100, permohonan sambung reman ditolak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker