Dakwaan kes rogol membabitkan Arieff Yong, isu ini sudah selesai – Fly FM

Pengurusan stesen radio Fly FM, Media Prima Audio (MPA), menegaskan pelantikan pempengaruh, Arieff Yong sebagai penyampai radio adalah berdasarkan kepada proses kelayakan yang ketat.

Menurut mereka, syarikatnya telah melakukan pemeriksaan dan saringan teliti terhadap latar belakang dan kelayakan profesional sebelum tawaran diberikan.

“Kerjasama antara Media Prima Audio dengan Arieff Yong telah terjalin selepas pihak kami meneliti kelayakannya (sebagai penyampai radio) secara profesional.



“Malah, pihak kami turut melakukan pemeriksaan latar belakang Arieff sebelum ini,” kata pihak pengurusan ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi e-mel.

Maklum akan dakwaan berat melibatkan kes rogol yang berlegar di media sosial, pihak pengurusan stesen radio berkenaan memaklumkan isu tersebut telah pun selesai melalui proses undang-undang pada tahun 2021.

“MPA telah melihat dokumen undang-undang berkenaan kes tersebut pada tahun 2021. Ia termasuklah dokumen menarik semula dakwaan dan permohonan maaf rasmi daripada pihak penuduh.

“Arieff bagaimanapun telah menerima permohonan maaf yang dilakukan oleh penuduh berhubung isu tersebut,” kata mereka lagi.



Melihat kepada butiran tersebut, Fly FM kemudian menawarkan kerjasama kepada Arieff Yong menjadi penyampai radio segmen pagi stesen itu.

“Pihak kami telah memutuskan bahawa Arieff layak diberi peluang untuk menonjolkan bakatnya bersama stesen radio kami.

“Kami menghargai sokongan dan maklum balas pendengar kami. Kami berusaha menyediakan hiburan terbaik di samping menyediakan platform agar anak bakat tempatan terus menyinar,” tulis mereka.

Terdahulu, stesen radio Fly FM mencuri tumpuan apabila berita pengumuman penyampai radio terbaharu, Arieff Yong, mendapat respons kurang baik daripada warganet.



Akibat dihujani kecaman, pihak stesen radio mengambil keputusan untuk memadam hantaran iaitu sebuah video memaparkan Arieff Yong di platform ‘X’ rasmi mereka.

Arieff merupakan penyampai radio bagi slot ‘The Jokers In The Morning’ bersama Ryan Howlett.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker