Sharifah Sakinah sakan menari dengan anjing

Sharifah Sakinah sakan menari dengan anjing

Pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video mendukung seekor anak anjing sambil menari-nari dengan haiwan tersebut.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dalam InstaStory miliknya, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mendukung anak anjing berwarna putih dengan tompokan hitam itu sambil menari-nari dengan gembira.



Difahamkan, video tersebut diambil semasa Sakinah sedang bercuti di pulau peranginan terkenal, Bali, Indonesia.

Aksi yang dikongsikan Sakinah atau mesra disapa Kinah itu kemudiannya tular dalam media sosial sehingga mendapat kecaman dan respons negatif oleh netizen apabila menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.

Malah, ada komen netizen mendakwa pelakon itu sengaja mengundang kecaman ramai apabila secara terbuka berkongsi perbuatannya memeluk anjing sambil menari-nari dalam media sosial.

“Dia ini memang nak minta orang kecam ke? Nak banyakkan dosa orang?” tegur seorang netizen.



“Dah tak tahu haram dan halal. Rosak dah otaknya,” kata seorang pengguna media sosial.

“Allahuakhbar. Buat malu keturunan betul,” ujar seorang lagi pengguna.

Terdahulu, nama adik kepada dramatis Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah itu memang tidak pernah ‘kontang’ daripada cerita-cerita sensasi.

Bermula dengan berita perpisahannya bersama suami yang juga warga Sweden, Michael Hansen pada tahun 2022, selepas tiga tahun bersama, Sakinah juga turut menarik perhatian netizen apabila semakin galak menayang bentuk tubuhnya dengan berpakaian seksi dan mencolok mata.



Bukan itu sahaja, Sakinah turut mendedahkan dirinya merupakan seorang penghidap Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) sejak beberapa tahun lalu sehingga memberi kesan dalam kehidupannya. K Online

Sharifah Sakinah sakan menari dengan anjing

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker