Pertuduhan ke atas Daim jejas harga saham Avillion

Pertuduhan ke atas Daim jejas harga saham Avillion

Pertuduhan ke atas Tun Daim Zainuddin memberikan kesan kepada harga saham Avillion Bhd, yang bersama dengan 23 anak syarikatnya disenaraikan antara 71 aset tidak diisytiharkan oleh bekas Menteri Kewangan itu selain kenderaan mewah, syarikat dan hartanah lain di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Antara syarikat yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan itu adalah Ibu Kota Developments Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd, Dream Cruiser Sdn Bhd, Landbelt Corporation Sdn Bhd, Avillion Bhd, Avillion Hotel Group, Admiral Cove Development Sdn Bhd dan Avillion Hotels International Sdn Bhd.



Pada 10.30 pagi tadi, harga saham Avillion jatuh 0.05 sen atau 8.3 peratus kepada 5.5 sen, meneruskan prestasi tidak menentu sejak mencapai kemuncak 78.5 sen pada 2011 sebelum mencecah paras terendah tiga sen pada 19 Mac 2020, sehari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan susulan penularan pandemik COVID-19.

Pemegang saham terbesar Avillion adalah anak Daim, Datuk Md Wira Dani Abdul Daim, yang memegang 21.82 peratus kepentingan dalam syarikat itu menerusi Ibu Kota Developments Sdn Bhd dan Daza Holdings Sdn Bhd.

Avillion adalah syarikat pegangan pelaburan yang terbabit dalam perniagaan pelancongan, hotel dan hartanah di Malaysia serta pasaran antarabangsa.

Ia beroperasi menerusi segmen pelancongan, pembangunan hartanah, pengurusan hotel selain perkhidmatan sokongan dan pengurusan kumpulan.



Syarikat itu antara lain menawarkan perkhidmatan pelancongan dan perjalanan, sewa kenderaan dan perkhidmatan lain, perkhidmatan e-dagang berkaitan dengan tempatan syarikat penerbangan dan pakej pelancongan menerusi Internet, di samping perkhidmatan pembangunan produk dan sistem berkaitan.

Ia juga mengurus dan membangunkan hotel, resort dan hartanah lain, mengendali dan menguruskan pusat kesihatan dan spa, menguruskan suite hotel, memasar dan menguruskan hartanah selain menyediakan perkhidmatan perindungan dan nasihat untuk industri hotel, hartanah serta pelancongan.

Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank.

Beliau yang hadir ke mahkamah berkerusi roda, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.



Daim yang memegang jawatan dari tahun 1984 hingga 1991 didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepadanya oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023, dengan tidak mengisytiharkan harta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya pada 13 Disember tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala pasukan Daim diwakili barisan pendakwaan yang diketuai peguam M Puravalen.



Pertuduhan ke atas Daim jejas harga saham Avillion

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil



Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker