Ustaz Abdul Somad dilantik Profesor Adjung UMS

Ustaz Abdul Somad dilantik Profesor Adjung UMS

Penceramah, pendakwah dan tokoh ulama terkenal, Dr Abdul Somad Batubara atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad, dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengajian Islam (FIS), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr Shahril Yusof, berkata pengiktirafan ini adalah hasil daripada pencapaian cemerlang serta sumbangan yang tidak ternilai diberikan pendakwah itu dalam bidang pengajian Islam, dalam dan luar negara.



“Ustaz Abdul Somad bukan saja seorang cendekiawan yang ulung tetapi juga seorang pemikir yang berdedikasi kepada kemajuan ilmu pengetahuan dan pendidikan di negara Indonesia, Malaysia dan nusantara, bahkan seantero dunia, baik melalui media sosial atau ceramah secara bersemuka.

“Oleh itu, pelantikannya sebagai Profesor Adjung bukan sekadar satu penghormatan peribadi tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik yang beliau capai,” katanya.

Watikah pelantikan beliau turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Pengarah UMS KAL, Profesor Madya Dr Mohd Rizal Abdul Hamid dan Dekan FIS UMS, Profesor Dr Mohd Dahlan A Malek.

Katanya lagi, pelantikan pendakwah itu juga disifatkan dapat membantu menyumbang pengalaman dalam bidang pengajian Islam serta berpotensi meningkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan di FIS dalam pengembangan kokurikulum yang relevan dan berkualiti selari dengan peredaran zaman.



“Semoga dengan perlantikan Ustaz Abdul Somad sebagai Profesor Adjung akan memberi inspirasi kepada semua warga universiti khususnya pelajar untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

“Insya-Allah kehadiran beliau akan membawa sinergi positif, kreatif dan semangat kerjasama yang akan menyemarakkan dan memperkayakan perjalanan akademik fakulti ini dan UMS secara keseluruhannya,” katanya. BH

Ustaz Abdul Somad dilantik Profesor Adjung UMS

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker