Terkejut bil pembedahan otak isteri di hospital kerajaan hanya RM258

Terkejut bil pembedahan otak isteri di hospital kerajaan hanya RM258

Seorang suami terkejut dengan bil hospital hanya bernilai RM258 untuk perbelanjaan pembedahan otak dan rawatan isterinya selama 26 hari di sebuah hospital kerajaan.

Dalam catatan Facebook, Lee Vi Hua berkata beliau bersyukur kerana kos yang dikenakan sangat rendah dan merasa lega kerana pembedahan isterinya berjalan lancar.



Beliau berkata, isterinya mengalami sakit kepala yang teruk sejak Disember tahun lalu, dan hanya makan ubat penahan sakit dari klinik tempatan.

Namun, katanya, isterinya masih tidak selesa dan sakit berterusan, menyebabkan beliau membawa isterinya ke hospital swasta, yang mana mereka mendapat berita yang tidak dijangka apabila isteri disahkan mengalami pendarahan otak yang serius.

“Doktor mengesyorkan prosedur pembedahan otak serta-merta, namun rawatan itu tidak ada di hospital swasta tetapi sebaliknya hanya ada kemudahan hospital kerajaan yang terpilih.

“Pada mulanya, kami merancang pembedahan di hospital swasta dengan anggaran kos RM150,000.



“Bagaimanapun, keadaan berubah apabila isteri saya disahkan positif COVID-19 pada 17 Disember lalu, menyebabkannya dipindahkan ke hospital kerajaan di Johor Baru,” katanya seperti dilaporkan dalam New Straits Times.

Vi Hua berkata, usaha mendapatkan rawatan tidak berjalan seperti yang dirancang, kerana pada 23 Disember lalu, kebanyakan pakar bedah di hospital swasta dan kerajaan sedang bercuti.

“Akhirnya pada 7 Januari lalu isteri saya berjaya menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar hanya dua hari kemudian.

“Pembedahan itu berjaya, menandakan berakhirnya perjalanan yang mencabar selama 26 hari. Selepas tiga bulan berada di hospital dan di bawah jagaan pasukan perubatan terbaik, saya terkejut apabila hanya perlu menjelaskan bil RM258.



“Sistem penjagaan kesihatan Malaysia sememangnya bagus kerana kebolehcapaiannya kepada rakyat. Memilih hospital swasta boleh menyebabkan kos mencecah berlipat kali ganda lebih tinggi,” katanya.

Pengalaman Vi Hua itu menarik perhatian pelbagai pihak berhubung kecekapan dan kemampuan penjagaan kesihatan awam di Malaysia.

Seorang netizen dikenali sebagai Eunice Lee menulis; “Sistem dan yuran perubatan kerajaan Malaysia adalah antara 10 teratas terbaik di dunia! Salah seorang bapa saudara saya menjalani pembedahan otak di Hospital Pusat Johor Baru, dan terpaksa tinggal di ICU, dengan kos ambulans, dan kos kemasukan ke hospital… semuanya RM150! Sangat berterima kasih kepada Malaysia!”

Anthony Tan pula berkata: “Hospital kerajaan tidak boleh disangkal memberikan harga yang terbaik untuk kebajikan rakyat Malaysia.”



Kisah dipaparkan Vi Hua itu turut mendapat reaksi bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Hisham Abdullah yang turut ulang siar semula berita itu di laman X miliknya. BH

Terkejut bil pembedahan otak isteri di hospital kerajaan hanya RM258

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah



Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker