Kalau suka buat cara betul – Hakim
Kalau suka buat cara betul – Hakim
MUAR: “Kalau kamu suka dengan seseorang, buat cara betul. Pada usia kamu ini, patutnya lebih tumpu bantu keluarga dahulu,” demikian nasihat Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, sebelum menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan terhadap seorang mekanik, hari ini.
Hukuman itu dikenakan terhadap tertuduh, Muhammad Syahfizul Fazlly Za’ba, 24, selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap kenalannya yang ketika itu baru berusia 13 tahun, pada Ogos 2020.
Tertuduh bekerja sebagai mekanik ketika ini menjalani hukuman tiga tahun penjara di Penjara Sungai Udang, Melaka atas kesalahan sama, selepas Mahkamah Sesyen Batu Pahat pada November 2022 mendapati dia bersalah pada akhir pembelaan kes itu.
Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Selepas mengaku bersalah, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan.
Namun, mahkamah memutuskan hukuman penjara itu berjalan serentak dengan tarikh sabitan dikenakan di Mahkamah Sesyen Batu Pahat iaitu 14 November 2022. Ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman sebatan.
Pada 22 Jun tahun lalu, dia dituduh di mahkamah sama di sini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kenalannya dengan kejadian itu berlaku di hadapan sebuah kompleks di Sungai Balang, dekat sini antara jam 8 hingga 9 malam, 19 Ogos 2020.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. Bagaimanapun, tertuduh menukar pengakuan bersalah selepas representasi dihantar oleh peguam kepada pihak pendakwaan dan hakim diterima.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh diwakili Syafiee Naim.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar memberitahu, hukuman dikenakan bukan untuk menyusahkan tertuduh, sebaliknya memberi pengajaran kepadanya agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.
“Kamu sudah melakukan kesalahan dan mahkamah perlu menjatuhkan hukuman. Apa pengajaran yang kamu dapat sepanjang menjalani hukuman sebelum ini?
“Dalam kes ini, mangsa masih kanak-kanak dan tidak elok kamu memperlakukan sedemikian terhadapnya,” katanya. BH
Kalau suka buat cara betul – Hakim
Baca Artikel Menarik:
- Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
- Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba
- Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan
- Tyzo nafi buat gimik murahan
- Sasaran siasatan SPRM tahun ini
- Kerajaan boleh hilang kuasa tanpa usul undi percaya
- Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha
- Fatiya tuduh suami Heliza sebagai scammer
- Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok
- Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang
- Kaka rujuk dengan Fahmi
- Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000
- Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat
- ‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’
- ‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton
Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah
Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan