Bau petrol melekat pada permaidani surau – Jemaah
Kebakaran Surau Ar Raudah dipercayai angkara khianat.
Bau petrol melekat pada permaidani surau – Jemaah
BATU PAHAT: Bau petrol yang dikesan melekat pada permaidani menguatkan lagi dakwaan, kebakaran di Surau Ar-Raudah, Parit Bangas , Sri Medan di sini pada malam tadi dipercayai berunsur khianat.
Kejadian ini adalah kedua selepas insiden hampir sama berlaku di Masjid Kampung Parit Simis yang hanya terletak dua kilometer dengan surau ini.
Kebakaran berlaku pada 10 malam tadi turut merosakkan hampir semua barangan dan peralatan elektrik di surau berusia 80 tahun itu yang mana ia kerap dijadikan tempat majlis keagamaan penduduk kampung terbabit.
Menceritakan insiden itu, jemaah surau, M Noh M Kassim, 73, berkata dia ternampak kepulan asap dan menyangka jiran sebelah surau terbabit membakar sampah.
Katanya, dia tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah mendapat panggilan daripada imam, Yusuf Ahmad yang memintanya segera ke surau.
“Pada waktu itu, barulah saya tahu kepulan asap yang kelihatan adalah surau ini terbakar. Jiran saya, Ibrahim (Khairan) bersama beberapa penduduk bergegas membantu memadam kebakaran.
“Mereka bertindak menarik permaidani yang terbakar dan dicampak keluar surau kerana bimbang api merebak ke
bahagian lain. Pada masa sama, kami terhidu bau petrol pada permaidani yang dikeluarkan.
“Saya tidak tahu apa motif kejadian ini berlaku. Cuma, di surau ini tidak seteruk kejadian di Masjid Kampung Parit Simis yang menyebabkan kerosakan semua barangan dalam masjid itu,” katanya ketika ditemui di lokasi.
M Noh berkata, kebakaran itu menyebabkan surau terbabit mengalami kerugian lebih RM10,000 namun mengakui, masih tertanya-tanya apa motif sebenar kejadian ini berlaku dua malam berturut-turut.
Katanya lagi, sebelum ini hanya kejadian pecah tabung berlaku di beberapa masjid dan surau, termasuk Surau Ar-Raudah namun belum mencapai ke tahap membakar rumah Allah.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Penolong Penguasa Asyraf Nur Mohd Yusoff, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam sebelum mengerahkan 18 anggota membabitkan Balai Bomba Yong Peng dan Penggaram.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya menjalankan operasi memadam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 40 peratus surau terbabit.
“Kami mendapati, beberapa penduduk kampung berusaha memadam kebakaran menggunakan air dengan tindakan bomba ialah membuat pemeriksaan menyeluruh dan memastikan keadaan selamat.
“Pada masa sama, sampel sudah diambil untuk dianalisa bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu berlaku,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata kebakaran surau dan masjid di Sri Medan membolehkan pihaknya membuka kertas siasatan Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api.
Kejadian yang menimpa surau dan masjid juga menarik perhatian Exco Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Khalid yang mahu pihak bertanggungjawab diambil tindakan sewajarnya. BH
Bau petrol melekat pada permaidani surau – Jemaah
Baca Artikel Menarik:
- Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
- Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba
- Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan
- Tyzo nafi buat gimik murahan
- Sasaran siasatan SPRM tahun ini
- Kerajaan boleh hilang kuasa tanpa usul undi percaya
- Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha
- Fatiya tuduh suami Heliza sebagai scammer
- Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok
- Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang
- Kaka rujuk dengan Fahmi
- Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000
- Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat
- ‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’
- ‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton