Henti berpolitik, bina segera projek tebatan banjir – Agong

Henti berpolitik, bina segera projek tebatan banjir – Agong

Semua projek tebatan banjir di seluruh negeri Pahang harus dipercepatkan pelaksanaannya, demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah.

Baginda turut bertitah agar tidak ada pihak mempolitikkan lagi isu pembinaan tebatan banjir seperti dicadangkan.

“Kerajaan harus mempercepatkan projek tebatan banjir yang telah dirangka oleh pihak yang berwajib di seluruh negeri Pahang.

“Saya harap janganlah berpolitik dalam hal ini… seelok-eloknya (perkara ini diambil) secara serius dan segera untuk membina tebatan-tebatan banjir di seluruh negeri Pahang,” titahnya ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Felda Chini 1, dekat Pekan, Pahang, hari ini.

Lawatan itu turut disertai Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Sultan Abdullah dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Kerajaan Persekutuan pada Dis lalu mengumumkan sebanyak 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi akan mula dilaksana dengan kos RM11.8 bilion.

Antara projek itu adalah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Lembangan Sungai Pahang, Pahang; Sungai Langat Fasa 2, Selangor; Sungai Jelai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Turut disenaraikan adalah RTB Kuching Fasa 2, Sarawak; Baling Fasa 2, Kedah dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sungai Kelantan Fasa 2, Kelantan.

Bagi negeri Pahang pula, sejumlah RM501 juta diperuntukan bagi projek RTB antaranya di Sungai Belat, perkampungan Cenderawasih, Kuantan; Sungai Pahang di Pekan dan Temerloh dan Sungai Jelai di Lipis.

Dalam pada itu, Sultan Abdullah bertitah agar semua mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS di seluruh Pahang untuk terus menjaga kesihatan dan kebersihan.

Ini kerana, titahnya, selain Covid-19, penyakit bawaan air masih lagi aktif tersebar ketika ini.

Selain PPS di Felda Chini 1, Sultan Abdullah turut meluangkan masa melawat mangsa banjir di PPS Felda Chini 3 dan Felda Chini Timur 3, dekat Pekan.

Hujan lebat luar biasa pada Sabtu lalu menyaksikan sebanyak 11 PPS dibuka di daerah Pekan yang menempatkan 977 mangsa daripada 261 keluarga. MK

Henti berpolitik, bina segera projek tebatan banjir – Agong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker