DNAA Zahid: Peguam negara ikut perlembagaan, mahkamah diberitahu

DNAA Zahid: Peguam negara ikut perlembagaan, mahkamah diberitahu

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada apa-apa yang menyekat pendakwa raya daripada menghentikan kes jenayah terhadap tertuduh walaupun selepas dipanggil membela diri.

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly, berkata Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tatacara Jenayah memberikan peguam negara, yang juga bertindak sebagai pendakwa raya, budi bicara tidak terhad untuk mendapatkan pembebasan tertuduh.



“(Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tatacara Jenayah) tidak menetapkan bila peguam negara boleh memberikan (tertuduh) pembebasan, selagi pelepasan itu dibuat sebelum penghakiman disampaikan,” katanya.

Hanir menjawab permohonan Badan Peguam untuk mencabar keputusan peguam negara menghentikan kes rasuah Zahid Hamidi.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi, atas permohonan pihak pendakwaan, melepas tanpa membebaskan (DNAA) timbalan perdana menteri daripada 47 pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah.

Bulan lalu, Badan Peguam memfailkan permohonannya dalam usaha membatalkan keputusan peguam negara meneruskan pelepasan itu.



Hanir berkata, Badan Peguam gagal menunjukkan bukti kukuh untuk mendapatkan kebenaran mencabar keputusan itu pada pendengaran inter-parte.

Sementara itu, peguam Ambiga Sreenevasan memaklumkan mahkamah bahawa Badan Peguam bercadang memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan perlembagaan tertentu kepada Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata, permohonan itu akan difailkan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Hanir dan Hisyam Teh, yang mewakili Zahid, memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka akan membantah permohonan rujukan itu.



Hanir berkata, Badan Peguam telah memaklumkannya minggu lalu mengenai keputusan memfailkan rujukan kepada mahkamah tertinggi.

Mahkamah Tinggi menetapkan pengurusan kes pada 6 Feb. Mk

DNAA Zahid: Peguam negara ikut perlembagaan, mahkamah diberitahu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker