Alif tak peduli pandangan negatif kempen imarah masjid

Alif tak peduli pandangan negatif kempen imarah masjid

Dalam ramai yang memuji usaha murni Alif Satar, 33, mengajak umat Islam mengimarahkan masjid melalui kempen #GengSubuhMacamJumaat, masih ada segelintir pihak kurang senang dengan inisiatif artis versatil itu.

Ada suara-suara mendakwa kempen yang digerakkan Alif sejak November lalu itu mendapat sambutan hanya disebabkan dirinya berstatus selebriti.



Bagaimanapun, Alif yang popular dengan lagu Lelaki Seperti Aku enggan memikirkan soal pandangan negatif segelintir pihak terhadap kempen berkenaan.

“Saya tidak peduli langsung sebab tahu apa yang dibuat ini, iaitu ajak ramai-ramai (solat secara berjemaah di masjid)… Dua tiga orang ini saya tak kisah.

“Saya fikir apabila buat gerakan sebegitu, ramai yang ikut. Tidak ada kena mengena dengan kepentingan diri. Apa yang saya buat memang kerana Allah SWT,” katanya ditemui pada sesi tayangan khas filem baharu lakonannya berjudul Anak Perjanjian Syaitan 2 di TGV Encorp Strand Mall di sini, hari ini.

Pada masa sama, Alif menyarankan umat Islam mendirikan solat subuh secara berjemaah di masjid berhampiran kawasan masing-masing.



“Jom ajak semua orang di sekeliling kita untuk bangun solat subuh secara berjemaah di masjid berhampiran masing-masing.

“Insya-Allah, saya boleh sertai di mana-mana masjid nanti,” katanya.

Baru-baru ini, ada pihak melayangkan komen negatif dan menganggap mereka yang menyertai kempen #GengSubuhMacamJumaat sekadar mahu bertemu selebriti.

Namun, ramai yang mempertahankan Alif kerana beranggapan kempen itu sebagai motivasi agar umat Islam menunaikan solat berjemaah di masjid.



Pada 1 Januari lalu, kempen #GengSubuhMacamJumaat digerakkan Alif mendapat sambutan hangat apabila disertai kira-kira 3,000 jemaah.

Alif membintangi filem Anak Perjanjian Syaitan 2 arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bakal menemui penonton di pawagam, esok.

Turut menjayakan filem terbitan Grand Brilliance Studio itu adalah Eyka Farhana, Fasha Sandha, Azlan Komeng, Dian P Ramlee, Azizah Mahzan dan Shaharuddin Thamby. BH

Alif tak peduli pandangan negatif kempen imarah masjid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)



Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker