Pelancong Malaysia sumbang RM265j kepada ekonomi Hatyai
Pelancong Malaysia sumbang RM265j kepada ekonomi Hatyai
Pelawat dari Malaysia ke Hatyai, bandar raya di selatan Thailand yang meriah, meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang setiap hari pada musim Krismas dan cuti hujung tahun, menyumbang lebih 2 bilion baht kepada ekonomi tempatan.
Presiden Persatuan Hotel-Hotel Songkhla Hatyai Sitthipong Sitthiprapha berkata, daya tarikan Hatyai bagi rakyat Malaysia termasuk aneka pilihan makanan yang enak, akses yang mudah dan pilihan penginapan pada harga berpatutan.
Beliau berkata, Hatyai telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi kegemaran bagi pelancong yang mahukan percutian yang menarik dan mesra bajet.
Katanya, kebiasaannya, Hatyai menikmati aliran stabil kira-kira 5,000 pelawat dari Malaysia setiap hari, meningkat dua kali ganda kepada hampir 10,000 pada hujung minggu.
“Hatyai mengalami peningkatan yang ‘menggembirakan’ dalam bilangan pengunjung dari Malaysia sepanjang musim cuti hujung tahun,” katanya.
“Pada hujung minggu musim puncak (Krismas dan Tahun Baharu), Hatyai menerima purata 20,000 pelawat Malaysia setiap hari, manakala pada hari biasa, kira-kira 10,000.
“Semasa sambutan Krismas dan Tahun Baharu, perbelanjaan purata pelancong Malaysia bagi setiap perjalanan mencecah 10,000 baht setiap orang, dianggarkan menyumbang kira-kira 2 bilion baht kepada ekonomi Hatyai.”
Menurut Sitthipong, hotel-hotel di Hatyai menyaksikan lonjakan permintaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, dengan penginapan di pusat bandar, kawasan popular bagi pelancong Malaysia, penuh ditempah semasa kemuncak minggu percutian.
Beliau berkata, Hatyai kini mempunyai kira-kira 20,000 bilik, termasuk 8,000 hingga 12,000 yang tertumpu di pusat bandar.
Kementerian Pelancongan dan Sukan berkata, Thailand menyambut 27.25 juta pelancong setakat 24 Dis lepas, dengan rakyat Malaysia mendahului senarai dengan 4.43 juta, diikuti oleh China (3.41 juta); Korea Selatan (1.6 juta); India (1.58 juta) dan Rusia (1.42 juta).
Pelancong Malaysia sumbang RM265j kepada ekonomi Hatyai
Baca Artikel Menarik:
- Pekerja maut kepala tersepit lif, majikan berdepan tindakan
- Ratusan pegawai Kastam dipindahkan secara paksa – KPKSM
- Ramai akan keluar dari JDT – TMJ
- Ingat kubur, Padang Mahsyar – Ayob Khan
- Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja
- Pemimpin UMNO kecam cadangan Ngeh
- Ngeh jangan main api – Asyraf
- ‘TikToker’ tayang beli kereta sorong bayi RM36,000
- Askar Zionis diserang ‘kulat pembunuh’
- Cik Kiah ular sawa batik 220kg paling besar di Asia sudah tiada [VIDEO]
- JDT, Solari kini berpisah sudah
- Yazmin Aziz buktikan pencapaian walau diganggu kontroversi
- Aku dah tak peduli syaitan – Nonny Nadirah
- Patimah sedih Syamsul tak bersama keluarga bercuti
- Hadap banjir termenung pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”
You must be logged in to post a comment.