Cara pelajar pergigian UM rawat pesakit tarik perhatian (Video)

Cara pelajar pergigian UM rawat pesakit tarik perhatian (Video)

Rawatan pergigian sememangnya ‘ditakuti’ ramai, daripada golongan kanak-kanak sehinggalah dewasa, menyebabkan ramai yang lebih rela menanggung kesakitan daripada berjumpa dengan doktor gigi.

Bagaimanapun, seorang pelajar bidang pergigian dari Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM) dilihat berjaya mengubah persepsi itu, dengan kaedah rawatannya yang lemah lembut dan bersahaja, sehingga mendapat pujian netizen.



Melalui akaun TikToknya, @tomato_012, pelajar berkenaan, Habib Firziq Hasanusi berkongsi kehidupan dan tugasnya sebagai pelajar pergigian, termasuk perlu mencabut gigi seorang kanak-kanak.

Dalam video yang tular dan mendapat 1.7 juta tontonan itu, Habib Firziq dilihat secara sopan meminta kebenaran daripada kanak-kanak berkenaan untuk mencabut giginya dan memberikan suntikan.

Beliau juga bertanya sama ada kanak-kanak itu berasa sakit dan kanak-kanak itu akhirnya berjaya melalui prosedur berkenaan dalam keadaan tenang.

Kanak-kanak itu, malah memberikan tepukan ‘high five’ kepada Habib Firziq selepas giginya dicabut.



Habib Firziq kemudian menunjukkan buku pelekat kepada kanak-kanak itu dan meminta kanak-kanak itu memilih pelekat yang dimahukan, sebelum membawanya ke kedai untuk memilih aiskrim yang disukai.

Cara Habib Firziq merawat dan melayan pesakit kecilnya itu menarik perhatian netizen, yang rata-ratanya menyifatkan beliau bukan saja berjaya menenangkan kanak-kanak itu melalui percakapan yang lemah-lembut, malah memberi galakan kepadanya sepanjang prosedur berkenaan.

“Bestnya… Aku sepanjang hidup jumpa doktor gigi, semuanya garang. Kita perlukan doktor gigi macam ni,” komen seorang pengguna.

Ada juga yang memuji kanak-kanak itu yang dilihat kuat semangat, walaupun prosedur itu sebenarnya menyakitkan.



“Macam mana dia (kanak-kanak) tidak menangis waktu disuntik,” komen pengguna lain.

Seorang pengguna secara berseloroh menyatakan kesanggupan jika semua giginya dicabut Habib Firziq.

“Macam ni, abang nak cabut gigi saya semua pun okay je,” katanya.

Ada juga yang bertanya sama ada Habib Firziq mahu menjadi doktor gigi mereka dan meminta dibelanja aisrkim jika melalui prosedur mencabut gigi.



Seorang pengguna lain menyatakan, doktor dan kakitangan pergigian sememangnya akan meminta pesakit memakan aiskrim selepas prosedur itu kerana ia membantu menghentikan darah. BH

Cara pelajar pergigian UM rawat pesakit tarik perhatian (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker