Cubaan gugat kedudukan Mat Sabu, bekas Ketua Pemuda Amanah dibidas
Naib Ketua Pemuda Amanah Zulhazmi Hassan menyelar kenyataan bekas ketua sayap itu, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mendakwa ada suara dalam kalangan ahli yang mahu presiden Amanah ditukar menjelang pemilihan parti, akhir bulan ini.
Zulhazmi menyifatkan kenyataan Hasnul sebagai fiksyen dan menegaskan semua ahli Amanah tahu bahawa jawatan presiden tidak dipertandingkan tetapi dipilih secara konsensus oleh 27 orang jawatankuasa yang diundi perwakilan.
“Ahli Amanah tidak bodoh dan tahu jawatan presiden tidak dipertandingkan maka cakap-cakap konon ada arus mahu menukar presiden hanya fiksyen yang direka-reka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Hasnui menyifatkan Presiden Amanah Mohamad Sabu tiada visi yang jelas apabila menyeru pemuda parti itu agar menjalinkan kerjasama dan memperkuatkan Umno bagi meraih sokongan rakyat di negeri pembangkang
“Agak pelik kenyataan ini. Kenapa kena perkukuhkan Umno yang memang diketahui punyai jutaan keahlian dan ribuan cawangan? Patutlah dalam kalangan ahli Amanah makin kuat arus mahu tukar presiden. Visi tidak jelas,” katanya di Facebook.
Hantaran itu turut melampirkan laporan berkenaan kenyataan Mohamad pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di Kuala Lumpur pada minggu lalu.
Ketika itu, Mohamad berkata Pemuda Amanah perlu bekerjasama dengan Pemuda Umno untuk meningkatkan sokongan di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, sebagai usaha untuk memulihkan kedudukan PH dan BN di sana.
“Untuk kita bertapak kembali di Kelantan dan Terengganu khususnya, kita perlu bekerja erat dan kuat supaya UMNO kembali kuat. Tak pernah saya cakap nak minta UMNO kuat, tetapi ini fakta…sebab itu kebersamaan kita antara PH, UMNO, BN di negeri-negeri ini perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh,” kata Mohamad.
Mengulas lanjut, Zulhazmi berkata Mohamad membuat saranan itu demi menyekat pengaruh pembangkang selain menekankan semangat perpaduan bagi menghadapi PRU16 terutama di Kelantan dan Terengganu.
“Amanah berkawan bukan dengan melemahkan, tetapi saling membantu memperkuatkan parti masing-masing, memperkukuhkan kerjasama dan menarik kembali sokongan rakyat demi menentang penunggang agama dan kaum secara melampau kerana tamakkan kuasa.
“Visi presiden Amanah jelas tetapi bekas ketua pemuda (Hasnul) gagal faham atau pura-pura tidak faham serta mengada-adakan cerita konon ada ahli yang mahu tukar presiden,” tegasnya.
Dia turut menempelak Hasnul yang juga bekas Adun Titi Serong dengan berkata dia tidak perlu berlagak baik setelah keluar daripada Amanah.
“Mungkin dia sudah lupa dosa pengkhianatannya, namun tidak kami. Sekurang-kurangnya presiden terbukti ditawar bulan dan bintang supaya mengkhianat, tetapi sejarah tercatat yang dia memilih prinsip dan bukannya menangis di depan pagar pimpinan Bersatu,” dakwanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah
- Peniaga gazebo rupanya penyamun kedai emas
- Norashman Najib selamat bernikah
- Iman Palestin asbab Barat baca al-Quran
- Larangan pamer produk dengan ucapan perayaan tak lagi terpakai – Jakim
- Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah
- Wanita bogel sembunyi dalam tangki air
- Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan
- Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP
- Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah
- KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
- Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu
- Mahkamah jadi tumpuan, DSP Nazri didakwa membunuh pelajar sekolah [VIDEO]
- UMNO tentang habis-habisan cadangan pilihanraya PBT oleh DAP
- Rafizi buat pusingan U, cabaran debat hanya jadi soal jawab podcast
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.