Sharnaaz bercuti dengan bekas isteri dan kekasih
Sharnaaz bercuti dengan bekas isteri dan kekasih
Biarpun sudah tidak tinggal sebumbung, namun demi kebahagiaan anak tunggalnya, Jebat Jayden, pelakon Sharnaaz Ahmad dikatakan sanggup membuang ego apabila dilihat bercuti di Jepun bersama anak dan bekas isterinya, Noor Nabila.
Perkara itu mula menjadi bualan ramai selepas Sharnaaz memuat naik video di akaun Instagram miliknya memperlihatkan dia bersama Jebat dan Nabila serta kekasihnya, Amelia Christie melawat ke beberapa lokasi di negara Matahari Terbit itu.
Rata-rata netizen memuji dengan kerendahan hati pelakon itu yang sanggup berbuat apa sahaja demi melihat anak lelakinya itu tersenyum bahagia.
“Dalam kisah ini, Jebat paling bahagia. Kerendahan hati dan ego kalian demi kebahagiaan Jebat.
“Semua saya suka. Bertuah Jebat dapat ayah yang bertanggungjawab. Macam anak saya tak berapa nak bertuah sebab bapanya terus menghilang.
“Suami isteri yang berpisah, tolong contohi mereka. Emosi anak-anak terjaga.
“Jebat adalah kanak-kanak paling gembira dalam dunia,” kata beberapa pengikut di ruangan komen.
Dalam pada itu, netizen juga turut memuji keperibadian Nabila yang bersikap profesional kerana mampu bercuti bersama bekas suami dan Amelia.
“Noor Nabila memang hebat, profesionalnya dia sebagai bekas isteri berada di tahap mengagumkan.
“Ini jalan cerita yang paling ramai nanti-nantikan. Tidak berbalah dan Jebat beruntung memiliki keluarga tidak memburukkan sesama sendiri dan mementingkan perasaan anak.
“Setiap mereka mempunyai sikap terbuka dan rasa tiada cemburu. Bukan semua mampu buat,” kata netizen.
Untuk rekod Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Selepas bercerai dengan Sharnaaz, Nabila sempat menamatkan zaman solo dengan menikahi Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada September 2023.
Sementara itu, hubungan cinta Amelia dan Sharnaaz mula dapat dihidu apabila aktres itu kerap menemani kekasihnya di beberapa acara hiburan.
Difahamkan, hubungan mereka mula rapat selepas menjalani penggambaran sebuah drama sejak awal tahun ini. BH
Sharnaaz bercuti dengan bekas isteri dan kekasih
Baca Artikel Menarik:
- Biodata Amir Hamzah Azizan
- Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka
- Khaled terkejut bertukar portfolio
- Komitmen terlalu tinggi hingga terlupa nak kahwin
- Saya ditempatkan di asrama perempuan
- Angeline Tan rasa tenang di Tanah Suci
- Alif Satar dedah sebab anjur #GengSubuhMacamJumaat
- PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang
- Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
- Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang
- Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan
- Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu
- Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat
- Buka aib sendiri, boleh ke?
- Mimi Lana, Syafiq Kyle jadi kahwin tak?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja