Pro Israel koyak tengok Taylor Swift & Selena Gomez hadir acara kutipan dana amal Palestin

Pro Israel koyak tengok Taylor Swift & Selena Gomez hadir acara kutipan dana amal Palestin

3 nama selebriti A Hollywood, Taylor Swift & Selena Gomez serta Cara Delevingne hadir dalam acara yang dianjurkan oleh pelawak Ramy Youssef bagi mengutip dana kemanusiaan Gaza, menurut The Juruselem Post.

Selain daripada 3 nama di atas, selebriti lain yang turut dilaporkan hadir ialah Anya Taylor Joy dan anak legenda rock, Lenny Kravitz iaitu ZoΓ« Kravitz.



Taylor Swift & Selena Gomez serta rakan rakan artis yang lain dilaporkan hadir dalam acara yang diadakan di Brooklyn menurut laporan People.

Ramy Youssef merupakan selebriti berbangsa Amerika-Arab secara tepatnya berdarah kacukan Amerika dan Mesir telah mengumumkan dia mengadakan acara amal mengutip dana untuk membantu mangsa konflik di Gaza.

πŸš¨πŸ‡΅πŸ‡Έ Taylor Swift and Selena Gomez attended a fundraiser for GAZA at a comedy show hosted by Ramy Youssef. pic.twitter.com/tWmHXSr0T4
β€” Jackson Hinkle πŸ‡ΊπŸ‡Έ (@jacksonhinklle) December 11, 2023

Selena Gomez antara selebriti yang tidak digemari di Israel. Kerana dituduh seorang pro Palestin sejak dulu. Namun artis itu menyatakan dia sentiasa berpihak kepada kemanusiaan.



all proceeds from selena gomez , taylor swift and cara delevingne ‘s performance in NYC yesterday β€œ ramy youssef : more feelings ” will be donated to β€œ ANERA ” an organization dedicated to providing aid to palestine πŸ‡΅πŸ‡Έ pic.twitter.com/sHnvh3l8t6
β€” β„‹ (@hasl2i) December 9, 2023

Sebelum ini Gomez pernah menghentikan seketika aktiviti di media sosial kerana hatinya luluh melihat krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.

Gomez tidak terang terangan menyebut tentang Gaza, namun ramai percaya dia sedang bersedih untuk Gaza.

Dia meminta agar semua orang dilindungi terutama sekali kanak kanak. Dan keganasan harus dihentikan, katanya lagi.



Taylor Swift yang merupakan sahabat baik Gomez, seorang selebriti yang sangat berpengaruh di dunia. Dia juga rapat denga Gigi Hadid. Seorang yang berdarah bangsawan Palestin.

Gigi Hadid malah pernah muncul dalam video klip Taylor Swift, Bad Blood.

Sebelum ini kaka Gigi iaitu Bella Hadid disingkirkan oleh Dior dan digantikan dengan model Israel kerana lantang mengutuk Israel.

Laporan itu benar benar membuatkan beberapa page pro Israel mengutuk Taylor Swift yang dianggap tak pernah langsung bersuara tentang kemanusiaan di Tel Aviv selama ini. Namun ada pula masa dia menghadiri acara membantu Gaza.



Lebih banyak kecaman di media sosial ditujukan kepada TIMES Person Of The Year itu yang dianggap telah memilih untuk berada di pihak yang salah.

Taylor Swift turut dituduh seorang Anti Semitik.

Berbalik kepada acara amal itu, semua kutipan itu akan disumbangkan kepada American Near East Refugee Aid (ANERA.)

Badan amal itu sebenarnya sudah mengutip dana kemanusiaan itu sejak 1968. Dengan pendirian mereka yang tidak mengambil kira isu politik dan agama.



Misi utama mereka adalah untuk membantu orang awam yang terkesan kerana konflik. Mereka akan cuba membantu untuk kelangsungan hidup mangsa konflik dari segi kesihatan, pendidikan dan ekonomi.

ANERA seringkali dikecam oleh pihak pro Israel kerana dikatakan hanya melihat kesengsaraan di pihak Palestin dan menutup mata tentang penderitaan rakyat Israel.

Anera coordinated psychosocial support activities at two schools in Rafah, #Gaza today, with 400 #children participating in activities like races and games. Mothers also gathered sessions to talk about the traumas they and their families are experiencing. #Palestine #Palestinians pic.twitter.com/cidWqwLCSZ
β€” Anera (@AneraOrg) December 10, 2023

Presiden ANERA, Peter Gubser banyak mendapat ancaman daripada pihak pro Israel agar NGO miliknya itu ditutup.



Pro Israel koyak tengok Taylor Swift & Selena Gomez hadir acara kutipan dana amal Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker