Kesal tiada orang India dilantik jadi menteri – Ramasamy

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy tidak berpuas hati dengan pengumuman rombakan kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ramasamy berkata kabinet baru itu satu “kekecewaan besar” kerana gagal melantik menteri daripada kalangan kaum India.

Bagaimanapun, menteri digital yang baru dilantik Gobind Singh Deo berkata tidak ada isu mengenai perkara itu kerana kabinet baru itu mampu membawa isu yang dihadapi oleh semua lapisan masyarakat.



Menteri tunggal berketurunan India dalam kabinet Anwar sebelum ini, V Sivakumar, telah digugurkan daripada menerajui portfolio Kementerian Sumber Manusia dan digantikan rakan partinya Steven Sim.

“Secara tradisinya sejak zaman MIC dalam BN, portfolio sumber manusia diberikan kepada seorang India. Di bawah rombakan sekarang, portfolio ini telah dirampas daripada kaum India,” kata Ramasamy.

“Sudah tentu, jika Anwar menghormati kaum India, beliau akan melantik dua menteri penuh India. Ada calon dalam PKR dan DAP yang layak.

“Ini tidak melupakan calon MIC seperti M Saravanan yang juga bekas menteri sumber manusia MIC dalam kabinet perdana menteri Ismail Sabri.



“Apa yang berlaku terhadap janji yang dibuat oleh Anwar dalam pertemuan dengan MIC sebelum pilihan raya negeri yang lalu di mana beliau menjanjikan jawatan MIC dalam kerajaan,” soal Ramasamy.

Diminta untuk menjawab hal tersebut, Gobind berkata semua masyarakat menghadapi isu yang sangat penting, yang mana kabinet diperlengkapkan untuk menanganinya.

“Saya tidak fikir ia akan menjadi isu. Yakinlah bukan saya sahaja atau semua pemimpin DAP tetapi semua parti komponen kerajaan juga sedar terhadap masalah yang wujud.

“Pada akhirnya, masalah-masalah ini boleh dilihat dan penyelesaiannya boleh dicari seperti biasa.



“Kami mempunyai ramai pemimpin daripada semua lapisan masyarakat yang sentiasa memaklumkan kami tentang isu-isu ini,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker