Tiada pertelagahan, ‘Kerajaan Madani kukuh tidak ada tebuk atap’ – PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menepis dakwaan wujudnya usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya.
Anwar menegaskan kerjasama antara parti dalam kerajaan adalah kukuh, justeru sukar untuk mana-mana pihak untuk “menebuk atap”.
“Bumbung kita bumbung konkrit. Sekarang ini di Putrajaya tidak ada tebuk atap.
“Saya dalam jemaah menteri belum ada sekalipun pertelagahan atas nama perbezaan parti. Insya-Allah kita ada kekuatan sekarang.
“Ia menyebabkan percubaahn pembangkang yang terdesak gagal.
“Kita tumpu bukan kepada pertelagahan parti politik, tetapi bagaimana mengangkat martabat negara,” katanya ketika sesi dialog Majlis Perasmian Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menjawab cadangan seorang hadirin agar kerajaan mewujudkan hanya satu pertubuhan politik untuk mengelakkan percubaan “tebuk atap”.
Turut menjadi panel dalam sesi dialog tersebut adalah timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof.
Sementara itu, Zahid menegaskan semua parti dalam kerajaan perpaduan kekal menyokong kepimpinan Anwar dan akan terus berbuat demikian.
“Malah dalam setiap mesyuarat, sekretariat memberi laporan…
“Jika terdapat perbezaan pandangan di peringkat akar umbi, ia bukan pendapat atau pendirian parti tetapi individu,” katanya.
Fadillah pula berkata semua parti akan terus mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
Dia berkata matlamat utama kerajaan adalah kestabilan demi memastikan pentadbiran dapat fokus kepada usaha membangunkan ekonomi.
Usaha berpasukan
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut menyangkal dakwaan ada menteri yang tidak bekerja sebagai satu pasukan.
Dia berkata, tanggapan hanya perdana menteri sahaja yang mengemudi kerajaan adalah silap memandangkan ada kementerian yang mencatatkan kejayaan tanpa penglibatannya.
“Kalau kita lihat Miti (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) merekodkan ratusan bilion (ringgit).
“Saya tidak terbabit secara langsung, saya beri sokongan.
“Saya tidak fikir kejayaan dapat dicapai tanpa pasukan yang mantap dan komitmen daripada kepimpinan secara keseluruhan,” katanya.
Dia menjawab soalan seorang lagi hadirin berkenaan jika ada usaha agar kabinet bekerja sebagai satu pasukan yang kuat, ekoran wujudnya pandangan hanya perdana menteri yang menggalas setiap tanggungjawab.
Selain itu, Anwar memberi jaminan kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah baik prestasinya.
Dia juga menegaskan tiada menteri dalam pentadbirannya yang disiasat SPRM atas dakwaan rasuah.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saravanan, Ka Siong jumpa Najib di mahkamah
- UMNO berkubur lebih awal jika Pas tidak tawar kerusi DUN, Parlimen
- Media tersalah lapor, orang awam ‘mengamuk’ dengan JPJ
- Hans Isaac tak layak jadi bos PSM – Dr Akmal
- Takut Israel bunuh kami – Tebusan Israel
- Kronologi kisah tragis menimpa Zayn Rayyan
- Ini kenapa sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada PM bukan rasuah
- Jangan jadi penunggang agama dalam politik, Dr. Zul ingatkan siapa?
- ‘Munafik’, Menteri Agama tegur Haji Hadi
- Anwar ‘sound’ Menteri dan Timbalan supaya kerap ‘turun padang’
- PU Syed sekolahkan wanita persenda poligami
- Ira Kazar dipanggil ‘ayang’ oleh Sol, netizen pula panas
- Banyak tuduhan dibuat terhadap saya – Ayob Khan
- Ini soal iman, akidah – Alif Satar
- Taman Bandar TRX, syok sangat kah? (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.