Viral: Burger daging nyamuk 7 kali ganda lebih banyak protein

Nyamuk-nyamuk yang ditangkap akan dibentuk menjadi patti. – YouTube

Jumlah protein yang terkandung di dalam patti burger nyamuk adalah tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding patti daging lembu, lapor laman berita East Coast Radio.

Kira-kira 500,000 nyamuk diperlukan untuk menghasilkan sekeping patti daging nyamuk yang dijadikan sebagai makanan harian oleh segelintir penduduk di Afrika.

Menurut laman perkongsian Reddit, burger nyamuk adalah makanan istimewa yang sangat kaya dengan protein berbanding daging lembu.

Bagi individu yang tidak boleh makan daging, mereka digalakkan mencuba alternatif patti daging nyamuk untuk mendapatkan sumber protein mencukupi.

Bagaimanapun, tiada pendedahan dibuat mengenai implikasi kesihatan berhubung pengambilan hidangan itu.

Seorang pengguna Reddit bagaimanapun mendakwa dia pernah merasa daging nyamuk dua tahun lalu.

“Saya makan makanan ini ketika bekerja di sebuah ladang di Mozambique, ia agak hambar,” komen pengguna tersebut. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker