Netanyahu adalah ‘pembunuh kejam Gaza’ – Erdogan

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, hari ini menggelar Benjamin Netanyahu sebagai ‘pembunuh kejam Gaza’ dan mendakwa Perdana Menteri Israel itu menyemarakkan anti-semitisme di seluruh dunia.

Beliau juga melabel Israel sebagai ‘negara pengganas’, selain menggelar Hamas ‘kumpulan pembebasan’ dan berulang kali membidas Tel Aviv susulan skala kematian dan kemusnahan yang berpunca akibat tindak balasnya terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Erdogan menggandakan penegasan ketika penampilan di hadapan ahli parti pemerintahnya di Parlimen.

“Netanyahu memahat namanya sebagai pembunuh kejam di Gaza, selain membahayakan keselamatan Yahudi di seluruh dunia dengan menyokong anti-semitisme melalui pembunuhan dilakukannya di Gaza,” katanya dalam ucapan di rangkaian televisyen tempatan.

Erdogan mengancam untuk memutuskan hubungan Turkiye-Israel yang sedang berkembang.

Kedua-dua pihak tahun lalu, melantik duta selepas terputus hubungan selama sedekad.

Mereka juga membincangkan usaha membangunkan hubungan perdagangan lebih erat dan mengusahakan projek tenaga baharu yang boleh membantu membina kepercayaan jangka panjang.

Perang Israel-Palestin mendorong Tel Aviv memanggil balik semua kakitangan diplomatik dari Turkiye dan negara serantau lain sebagai langkah keselamatan.

Turkiye juga menarik balik utusan Tel Aviv sebagai protes terhadap pendekatan Israel.

Pihak pengantara hari ini, cuba melanjutkan gencatan senjata Israel-Palestin, yang membolehkan 60 tebusan Israel dan 180 tahanan Palestin dibebaskan sejak minggu lalu.

Mengenai gencatan senjata, Erdogan berkata, kerajaan Netanyahu merumitkan usaha berkenaan dengan terus membincangkan rancangan menghapuskan Hamas.

“Kenyataan pentadbiran Netanyahu mengurangkan harapan untuk pemberhentian sementara kemanusiaan, diubah menjadi gencatan senjata yang berkekalan,” katanya. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker