Harimau muncul lagi di Gua Musang baham mangsa ketiga hingga maut

Harimau

Seorang lelaki warga Indonesia menjadi mangsa ketiga yang maut akibat dibaham harimau dalam tempoh tiga minggu selepas mayatnya ditemui dalam mengerikan di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol, di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Syabaini, 36, dijumpai dengan anggota tubuh badan yang tidak sempurna apabila kehilangan tangan kanan, cedera pada bahagian leher dan kedua-dua ibu jari kaki.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, polis menerima laporan kehilangan mangsa kira-kira pukul 1.30 tengah hari daripada seorang lelaki yang memaklumkan pekerja ladang getahnya disyaki telah dibaham harimau.



Katanya, susulan daripada laporan itu, satu gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan anggota polis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan penduduk setempat dijalankan di kawasan tersebut.

“Selepas menjalankan operasi kira-kira sejam, mayat mangsa ditemui lebih kurang 200 meter dari lokasi motosikalnya.

“Lelaki itu dijumpai dalam keadaan tidak sempurna di kawasan cerun di dalam hutan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan SAR pada pukul 6.16 petang dan tiba di Unit Forensik Hospital Gua Musang di sini kira-kira pukul 7 petang untuk proses bedah siasat.



Katanya, pihak Perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan haiwan liar tersebut.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, dua lelaki maut dibaham harimau dalam tempoh 48 jam membabitkan seorang lelaki warga Indonesia dan lelaki Myanmar.

Mangsa pertama merupakan warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemui maut pukul 10 pagi pada 10 November lalu di Kampung Meranto di Gua Musang.



Keesokan harinya, seorang lelaki warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut akibat diserang pak belang kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika menoreh getah di Ladang Meranto.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker