Terowong Genting Sempah runtuh, polis nafikan
Terowong Genting Sempah runtuh, polis nafikan
Polis menafikan berlaku tanah runtuh di pintu masuk ke Terowong Genting Sempah seperti mana dipaparkan dalam sebuah video tular.
Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar, berkata video itu tular di media sosial sejak semalam dan dipercayai kejadian tanah runtuh tersebut berlaku di luar negara.
“Rakaman dalam video itu tidak berlaku di kawasan Genting dan saya pernah melihat video tersebut sebelum ini.
“Kalau dilihat Terowong Genting Sempah memang jelas di pintu masuk dan keluar laluan kenderaan terpampang gambar Yang di-Pertuan Agong (Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah),” katanya kepada Bernama.
Zaiham berkata, sekiranya ia berlaku di Genting Sempah, sudah pasti ada kenyataan rasmi segera dikeluarkan polis atau pihak konsesi lebuh raya.
Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang berdurasi 50 saat memaparkan berlaku tanah runtuh di hadapan pintu masuk sebuah terowong laluan kenderaan. FMT
Terowong Genting Sempah runtuh, polis nafikan
Baca Artikel Menarik:
- Dengar suara 32 juta rakyat, bukan 1200 – Anwar
- Belajar tinggi-tinggi jadi drebar lori
- Coldplay payung pantun, hangatkan suasana konsert
- Tak boleh boikot Mercedes?
- Janna tak tendang saya – Sheila Mambo
- Premis Aman Palestin diserbu SPRM, akaun bank dibekukan
- Muhyiddin umum tak pertahan jawatan presiden Bersatu, tiada drama air mata dari ahli
- Cikgu dikecam jual gambar bekas pelajar berpakaian dalam
- Buang masa pujuk orang tua tak reti bahasa – Hadi
- PN pulun pujuk pemimpin Umno untuk bergabung – Hadi
- Wanita ‘Mat Salleh’ buat hal, selamba bogel di lapangan terbang
- Mak cik Kemboja akhirnya mengadap polis beri keterangan
- Boikot beri kesan, The Marvels jadi sekuel paling rendah kutipan dalam sejarah MCU
- Peja ingatkan bukan Hamzah sorang sahaja pemimpin pelapis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam
Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu