Hukuman mati Azilah antara 1,000 banduan mohon disemak semula

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Azilah Hadri adalah antara kira-kira 1,000 tahanan yang telah memohon semakan semula terhadap hukuman mati yang telah dijatuhkan terhadap mereka.

Azilah dijatuhi hukuman mati pada 2009 atas kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Saifuddin berkata, Azilah, yang kini sedang menunggu pelaksanaan hukuman mati di Penjara Sungai Buloh, telah mengemukakan permohonan supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup.



“Dia telah memohon hukuman mati (diringan) kerana dia berada di sini di penjara kita.

“Dia sedang menunggu tarikhnya (mahkamah),” katanya seperti dilapor New Straits Times.

Ini susulan keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada April lalu, yang memansuhkan hukuman mati mandatori bagi 12 kesalahan, termasuk pengedaran dadah, pembunuhan dan keganasan.

Saifuddin dilaporkan berkata, hukuman terhadap Azilah kekal meskipun rakannya Sirul Azhar Umar dibebaskan daripada tahanan di Australia.



Dia sekali lagi menegaskan bahawa perjanjian ekstradisi Malaysia-Australia tidak boleh digunakan kerana Australia melarang menghantar pulang suspek yang berdepan hukuman mati di negara asal mereka.

Awal bulan ini, selepas sembilan tahun ditahan dalam tahanan imigresen di Australia, Sirul yang juga bekas komando polis dibebaskan dan kini tinggal bersama keluarganya di Canberra.

Walaupun begitu, dia tetap mengunci mulut mengenai misteri pembunuhan Altantuya dan siapa dalang yang mengarahkan pembunuhan wanita berkenaan.

“Baik. [Selama] bertahun-tahun, orang di negara saya menunggu tentang siapa yang memberi arahan. Tetapi sehingga kini, saya tidak boleh beritahu,” katanya menerusi wawancara program 101 East Al-Jazeera.



Sirul tidak menyatakan mengapa dia tidak dapat mendedahkan identiti dalang pembunuhan yang dikatakannya.

Namun begitu, Sirul berkata dia diberitahu oleh pegawai atasannya, Azilah Hadri bahawa mereka menjalankan “operasi khas” untuk Najib Razak, yang merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan ketika itu.

Firma guaman Shafee & Co yang mewakili Najib sekali lagi menegaskan bahawa bekas perdana menteri itu tidak bersalah dan tidak terlibat dalam pembunuhan berkenaan.

“Kami ingin mengulangi bahawa anak guam kami, Najib Razak telah dibebaskan daripada sebarang penglibatan dalam kes ini.



“Pembebasan ini telah disahkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk penyiasatan yang dimulakan semula selepas PRU14 (2018) dan pengesahan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan akhirnya melalui rayuan substantif di Mahkamah Persekutuan yang didengar secara menyeluruh atas meritnya,” kata firma guaman itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh



Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker