Anwar beri arahan mahu gula dikurangkan dari jamuan semua Kementerian

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian memastikan amalan kurangkan gula dilaksana dalam setiap jamuan.

“Laporan (menunjukkan) penyakit kencing manis diabetes paling tinggi di Asia itu di Malaysia…ini bukan urusan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja.

“Kita patut jadi negara sihat kerana Islam itu menekankan keperluan jaga kesihatan tetapi Malaysia nombor satu dari segi penyakit kerana menelan, menghirup gula berlebihan,” katanya.

Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023, Anwar turut meminta para usahawan untuk membantu memastikan penggunaan gula dikawal.

“Saya rasa kesal Malaysia dengan kesedaran Islam, dakwah tazkirahnya, tetapi diabetes tinggi maknanya kesedaran kepentingan kesihatan tidak dikawal,” katanya.

Khamis lalu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata dapatan hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara yang mana mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2% pada 2011 kepada 18.3% pada 2019.

Zaliha berkata, KKM akan melancarkan satu pelan advokasi gula dalam masa terdekat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker