Pimpinan kanan PKR Melaka ingatkan Pusat hormati pemimpin akar umnbi

Seorang perwakilan dari PKR Melaka mengingatkan pemimpin tertinggi parti itu yang kini memegang jawatan dalam kerajaan supaya menghormati struktur dan akar umbi dalam membuat keputusan lantikan politik.

Naib Ketua PKR Melaka, Ginie Lim dalam ucapannya berkata pemimpin tertinggi parti itu perlu menyelaraskan struktur kuasa dan pentadbiran Pakatan Harapan di semua peringkat.

“Ini bagi membolehkan gerak kerja di peringkat akar umbi berjalan dengan lebih kemas dan berkesan, seperti jawatankuasa PH di peringkat Parlimen, pelantikan Penyelaras DUN dan parlimen di kerusi yang kalah.

“Kedua, pimpinan tertinggi perlu menghormati struktur kuasa parti sebagaimana ketua-ketua Cabang dan ketua-ketua ranting menghormati struktur kuasa parti.

“Harus ingat, apabila hujan lebat, air naik, rumah terbakar, angin ribut bumbung terbang, kemalangan, sakit dan kematian, pimpinan cabang dan ranting adalah frontliner yang turun padang sampaikan bantuan dan beri sokongan,” katanya.

Justeru, Ginie berkata cabang-cabang PKR adalah pentadbir rasmi parti di peringkat akar umbi yang harus dihargai peranannya.

“Kalau pimpinan tertinggi membuat keputusan lantikan politik tanpa melibatkan cabang, akhirnya masalah rakyat tidak dapat diselesaikan,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker