Jadi ‘matchmaker’, Asyraf Khalid dedah detik perkenalan Nabila, Nik
Sekian lama menyimpan rahsia Nabila Razali dan Nik Iruwan Izani, usahawan Asyraf Khalid mendedahkan dirinya adalah matchmaker (pencari jodoh) hingga pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam tempoh enam bulan selepas dipertemukan.
Kata suami kepada aktres Tya Arifin itu, detik perkenalan mereka tercetus tahun ini selepas dia bertanyakan status kedua-dua rakannya ketika bertemu mereka di majlis rumah terbuka yang berbeza.
“Gembira untuk dua pasangan sejoli ini. Semuanya bermula apabila kami bertemu di rumah terbuka, dan saya bertanya kepada Nik: ‘siapa teman wanita awak sekarang?’
“Dia berkata: ‘Saya bujang, saya mahu berkahwin tetapi ingin mencari gadis yang baik.
“Dua hari selepas itu, secara kebetulan, saya bertemu pula dengan Bella (Nabila) di rumah terbuka lain dan bertanyakan soalan yang sama.
“Dia juga memaklumkan masih sendiri kerana terlalu sibuk untuk mencari teman lelaki,” katanya dalam perkongsian Instagram.
Anak kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu terus terfikir nama bekas pelumba kereta Formula terbabit sebaik penyanyi terbabit mengakui dirinya solo.
Tidak menunggu lama, cerita Asyraf lagi, dia mengundang kedua-duanya ke majlis rumah terbuka di kediamannya beberapa hari selepas itu.
“Nama Nik muncul dalam fikiran saya ketika itu membuatkan saya terus memberitahu Bella tentangnya.
“Kemudian apabila saya dan isteri mengadakan rumah terbuka, kami mengambil peluang untuk memperkenalkan Nabila dan Nik,” kongsinya lagi.
Menurut Asyraf, walaupun awalnya mereka tampak malu apabila dimaklumkan mengenai rancangan pertemuan terbabit, akhirnya kedua-duanya muncul.
“Nik datang tepat pada masanya tetapi sekitar pukul 9.30 malam, manakala Bella masih tidak nampak bayang.
“Jadi saya hantar gambar kami kepada Bella mengatakan kami sedang menunggunya.
“Dia sangat pemalu, tetapi nasib baik rapat dengan sepupu saya. Sepupu saya akhirnya dapat meyakinkannya agar datang.
“Tidak sampai enam bulan, hari ini (Sabtu), mereka sah bergelar suami isteri. Masya-Allah,” katanya yang tumpang gembira dengan perkahwinan itu.
Penyanyi dan ahli perniagaan itu melangsungkan pernikahan di pusat peranginan mewah The Chateau Bukit Tinggi, Pahang semalam bertemakan English Garden.
Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, penyanyi berusia 31 tahun itu bertunang dengan Nik Iruwan pada 25 Ogos lalu namun mereka tidak mengesahkan perkara tersebut.
Namun pada ulang tahunnya yang ke-31 pada 13 November lalu, Nabila mendedahkan menerima lamaran lelaki pilihan hatinya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us