Remaja maut beberapa saat selepas curi motosikal
Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan situasi seorang remaja mati secara tiba-tiba, beberapa saat selepas dia merompak seorang warga emas di sebatang jalan di Sao Paulo, Brazil, lapor laman berita MailOnline semalam.
Rakaman itu pada mulanya memaparkan remaja berkenaan, Gustavo da Silva Godoy, 17, menunggang sebuah motosikal dengan rakan subahatnya sebelum mereka memintas sebuah motosikal lain yang ditunggang seorang warga emas.
Sejurus mangsa berhenti, Godoy dan rakannya menghampiri dan memeriksa badan warga emas tersebut sebelum dia diarahkan turun dari motosikalnya.
Rakan subahat Godoy kemudian merampas motosikal mangsa lalu melarikannya. Dalam masa sama, Godoy menunggang semula motosikal yang digunakan untuk memintas warga emas tersebut.
Namun, beberapa saat kemudian, motosikal itu secara tiba-tiba bergerak ke arah kiri jalan tersebut sebelum Godoy terjatuh dan terbaring di atas jalan.
Anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian gagal enyelamatkan nyawa Godoy sebelum mengumumkan kematiannya, lapor media tempatan.
Polis Brazil dilaporkan sedang melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Misai harimau kena cabut, Perhilitan lapor polis
- Nestle, Starbucks alami kesan negatif boikot pengguna
- Pelajarku, suamiku
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Fazura nafi kenyataan Neelofa
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Vaksin terbazir, bekas Ahli Parlimen minta KJ beri penjelasan
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Gadis 15 tahun dirogol lapan lelaki bergilir-gilir
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- Ramai pilih GST berbanding SST – Tinjauan KPMG
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Syed Saddiq ahli politik pertama dikenakan sebatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET