Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
KUALA NERUS: “Alhamdulillah! Allah SWT permudahkan urusan saya bersama kakak dan adik perempuan pulang ke Tawau, Sabah untuk menatap dan mencium ayah (Allahyarham Kalang Tona, 56) buat kali terakhir,” itu kata Haslina Kalang, 23.
Graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, dia bersama kakak sulung, Kasnia, 24 dan adik, Haslinda, 20, yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam bergegas pulang ke Tawau selepas menerima kematian ayah mereka.
Beliau berkata, mereka tiga beradik sempat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah ayah di surau Taman Bukit, Tawau, sebaik tiba dari Kuala Lumpur.
“Selepas kami bertiga melihat dan mencium arwah ayah buat kali terakhir disusuli solat jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan untuk urusan pengebumian.
“Alhamdulillah, arwah ayah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Imam, Tawau pada jam 11 malam, kelmarin,” katanya ketika dihubungi di sini.
Haslina anak kedua daripada lima beradik, berkata dia dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas segala bantuan, sumbangan serta doa yang diberikan oleh pihak UniSZA.
Menurutnya, berkat bantuan dari pihak UniSZA membolehkannya bersama kakak dan adiknya dapat segera pulang ke kampung.
“Selepas mendapat berita kematian ayah, saya terus buntu dan jika pihak UniSZA tidak membantunya sudah pasti kami tiga beradik mungkin tidak dapat menatap wajah terakhir arwah.
“Saya sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada pihak UniSZA. Alhamdulillah, saya sempat tengok ayah untuk kali yang terakhir,” katanya.
Haslina berkata, sebelum ini keluarganya bergantung sepenuhnya kepada arwah ayah yang bekerja sebagai tukang rumah, kerana ibunya, Kurniati Iskandar, 48, suri rumah sepenuh masa.
Menurutnya, selepas ini dia bercadang mahu mencari kerja kerana masih mempunyai dua adik lelaki yang bersekolah berusia 16 tahun manakala adik bongsu lapan tahun.
“Perancangan saya selepas ini segera mencari kerja kerana buat masa sekarang hanya kakak seorang sahaja bekerja di Desaru, Johor.
“Jadi, saya kena tolong kakak menyara keluarga selain untuk pastikan dua adik lelaki dapat sambung belajar seperti mana arwah ayah amanahkan,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan kegembiraan seorang graduan yang sedang menunggu giliran menerima skrol Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dengan Kepujian bertukar duka apabila menerima berita kematian ayahnya.
Berita sedih yang diterima Haslina dari Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kira-kira 15 minit sebelum naik ke pentas daripada jiran keluarganya di Tawau. BH
Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
Baca Artikel Menarik:
- Kapak 200,000 tahun ditemukan di AlUla
- Dah saya hodoh – Tom
- Ada gelar Missclyen ‘anak haiwan’, ‘anak hantu’
- Harga makanan, hotel Langkawi ‘cekik’ darah
- Doktor Israel sokong Zionis bom semua hospital di Gaza
- Ketua Dewan Ulama PAS biadab – Anwar
- Malaysia tak iktiraf keputusan unilateral Washington – Anwar
- Memang marah, tapi jangan melulu boikot – Fazura
- Anwar selar pemimpin dunia tidak mampu usahakan gencatan senjata di Gaza
- Jangan hukum saya pro-Israel kerana hadir APEC – Anwar
- Apakah Jordan bersedia berperang dengan Israel?
- Sajat pertahan diri menari separuh bogel di Australia
- Penyewa mental tinggal rumah kotor, rosak
- Anak halau ibu yang membesarkannya semenjak 2 tahun
- Pengganas Israel teruskan pembunuhan, tidak peduli dengan kematian 10 ribu rakyat Palestin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini