Orang mati pun dibom Israel

Orang mati pun dibom Israel

Bukan hanya orang yang masih hidup menjadi sasaran letupan bom tentera Israel, malah orang yang sudah mati dan disemadikan di kubur turut dibom bertalu-talu,” ujar Ketua Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan di Gaza, Abu Ayesh.

Beliau berkata, serangan menggila jet pejuang F-35 stealth dan F-16L yang menjatuhkan beribu tan bom MK 82 tidak hanya meranapkan pangsapuri penduduk dan kes pelarian malah menyebabkan beberapa kawasan tanah perkuburan di Beit Lahiya dan tanah perkuburan syuhada di Khan Younis, selatan Gaza berkecai.



Menurutnya, serangan turut ditujukan ke tanah perkuburan Al-Tunisi, Ali bin Marwan, Sheikh Shaban, Al-Sifa, Jabalia Al-Balad, dan Al-Far di Semenanjung Gaza.

“Letupan besar bukan hanya mewujudkan kawah besar di kawasan kubur malah binaan dan batu nesan yang diletakkan di kubur berkenaan hancur dan rosak teruk.

“Tidak pasti apa motif mereka (Israel) turut mengebom kawasan tanah perkuburan? Adakah orang yang sudah mati juga satu ancaman kepada mereka?

“Mereka seolah-olah mahu melepaskan geram dan menjatuhkan sebanyak mungkin bom ke Gaza. Tentera Israel mahu meluaskan serangan udara dan darat ke atas wilayah Palestin itu,” katanya.



Beliau yang juga Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) – Palestin berkata, pengeboman di kawasan perkuburan menyebabkan keluarga mangsa yang terkorban terpaksa mengebumikan jenazah di kawasan berselerakan. Ini diburukkan lagi dengan keadaan bilik mayat hospital di Gaza yang dipenuhi mayat mangsa kanak-kanak dan golongan dewasa.

“Keadaan ini memberikan tekanan baharu kepada penduduk Gaza susulan beratus mangsa terbunuh setiap hari dan angkanya terus meningkat.

“Akibatnya mayat mangsa dikebumikan secara rawak dan berselerakan di celah laluan kediaman atau tanah kosong berhampiran khemah pelarian.

“Terbaru pengeboman bertalu-talu Israel terhadap kem pelarian Jabalya dan Burqij sejak Rabu lalu, menyebabkan beribu mangsa terbunuh,” katanya.



Malah, menurutnya, tentera Israel melepaskan peluru berpandu ke arah sebuah sekolah di kem pelarian itu sebelum membunuh 27 mangsa dan mencederakan ramai yang lain.

Sementara itu, Abu Ayesh berkata, melalui sidang media dilakukan Ketua Pejabat Media Kerajaan, Salama Marouf semalam, pihaknya menyambut baik pembukaan sempadan Rafah, Mesir bagi membolehkan penduduk Gaza yang cedera dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.

“Langkah itu juga mampu memastikan bekalan dan bantuan kemanusiaan yang disumbangkan kepada penduduk Gaza dapat disalurkan.

“Sehingga semalam, angka kematian penduduk Palestin akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,061. Mangsa termasuk 3,760 kanak-kanak, 2,326 wanita manakala 32,000 yang lain cedera.



“Pasukan perubatan merekodkan lebih 10,000 mangsa dan individu hilang di bawah runtuhan. Sepanjang 26 hari konflik genosid ini, hospital Strip di Gaza menerima 8,796 mangsa, antaranya 3,648 kanak-kanak dan 2,290 wanita,” katanya.

Menurutnya, kematian membabitkan 2,510 pelajar dari pelbagai peringkat usia selain kemusnahan 212 sekolah dengan 45 daripadanya tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

“Serangan Israel ini menyebabkan 1.5 juta penduduk Gaza terpaksa meninggalkan rumah mereka. Mereka berlindung di lebih 240 lokasi di semua daerah di Strip.

“Lebih 200,000 rumah mengalami kerosakan, dengan 35,000 rumah musnah sepenuhnya. Selain itu, 82 bangunan kerajaan dan banyak kemudahan awam telah dimusnahkan, termasuk Pusat Kebudayaan Ortodoks,” katanya.



Menurutnya, pertempuran darat tentera Israel dan pejuang Hamas di utara Gaza masih berlanjutan sehingga semalam, serta tiada tanda-tanda akan reda memasuki hari ke 27 serangan tentera Zionis. HM

Orang mati pun dibom Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker