Ibu pesan jaga abah jika dia mati

Nur Elesya Elena bersama bapanya, Abdul Rahman Abd Razak, 45, mengiringi jenazah Siti Roshasnizan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Chenam, Parit Buntar malam ini.

“Andai ibu mati, Esya jaga abah dan jangan lawan cakap abah dan kakak”

Itu luahan Nur Elesya Elena Abdul Rahman Abdul Razak, 14, ketika menceritakan perbualan tetakhir bersama ibunya, Siti Roshasnizan Idris, 41, yang maut dalam nahas di Lebuh Raya Utara Selatan di Kilometer 200.4 arah utara dekat sini membabitkan enam kenderaan kira-kira pukul 11.30 pagi hari ini.

“Ketika saya sedang makan dalam lori, ibu panggil untuk bergambar ketika abah tengah mengisi buah sawit dalam lori. Ibu pesannya kepada saya jaga abah sekiranya ibu tiada dan jangan sesekali lawan cakap abah dan kakak,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Parit Buntar di sini hari ini.

Menurut Nur Elesya Elena, seminggu sebelum kemalangan maut tersebut, ibunya sering bercakap soal kematian dengannya.

Menceritakan tentang kemalangan itu, katanya, sebelum kejadian treler ayahnya telah siap mengisi buah di Bukit Bersatu di Kamunting dan mereka bertiga terus bergerak masuk ke lebuh raya melalui pintu Plaza Tol Bukit Merah untuk menghala ke arah Temerlok di Trong.

“Ketika kejadian saya duduk di tengah antara kedua ibu bapa saya. Ketika treler abah berlanggar dengan bas ekspres, ibu tersepit dan tingkap bahagian penumpang tidak boleh terbuka.

“Saya cuba untuk membantu ibu ketika dia meminta pertolongan dan berada dalam keadaan sangat sakit, tetapi apakan daya saya tidak mempunyai kekuatan untuk mengeluarkannya,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, seorang wanita maut di tempat kejadian setelah kenderaan treler bermuatan sawit yang dinaiki tiga sekeluarga terbabit dalam nahas membabitkan lima kenderaan yang lain iaitu sebuah bas pesiaran, sebuah lori tangki dan tiga buah lori bonded.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker